Hafizh Puas Hati Temui Pelarasan Yang Diharapkan

HAFIZH Syahrin Abdullah akhirnya berpuas hati apabila berjaya menemui pelarasan yang diharapkan ketika berjaya beraksi dengan lebih baik berbanding semalam untuk berada di kedudukan ke-17 pada sesi latihan bebas ketiga saingan Moto2 Grand Prix Movistar yang berlangsung di Litar Motorland, Aragon, Sepanyol, hari ini.

Pelumba PETRONAS Raceline Malaysia itu mencatat masa terbaik 1’54.706s, hanya 0.951s ketinggalan kepada pelumba terpantas Maveric Vinales (Paginas Amarillas HP40) yang mencatat masa terbaik 1’53.755s.

“Saya gembira dengan keseluruhan pelarasan jentera saya pada hari ini. Mungkin ada beberapa perubahan akan dilakukan namun ia hanya masalah kecil,” jelas Hafizh.

“Dengan jentera yang baik, kami boleh mengatur strategi yang lebih baik dan bersedia untuk menghadapi perlumbaan akhir. Saya begitu yakin dengan keupayaan jentera ketika ini dan pada masa sama akan melakukan sedikit perubahan tunggangan agar lebih sesuai dengan jentera dan juga keadaan litar.”

Pengurus pasukan, Barry Leong turut gembira kerana kerja keras pasukan mereka akhirnya membuahkan hasil. “Hafizh nampak lebih yakin kali ini berbanding semalam. Kami yakin dia daat memberikan aksi yang lebih baik.

Loading...