Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Wujud Konspirasi Jatuhkan MB...

IPOH - Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming hari ini mengesahkan wujud konspirasi...

Tun M Pertahan Tindakan...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mempertahankan keputusannya menerima bekas...

Lelaki Cedera Parah Dipukul...

GEORGE TOWN - Seorang lelaki cedera parah di kedua-dua tangan manakala hidungnya hampir...

Sebutan Kes UPNM Di...

KUALA LUMPUR - Kes enam penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang didakwa...

Hadiah Untuk Labuan Sempena Hari W.Persekutuan

LABUAN – Penduduk Labuan menerima hadiah dalam bentuk diskaun dan pengecualian ke atas hartanah Perbadanan Labuan (LC) berkuatkuasa serta merta.

Kelonggaran daripada Kementerian Wilayah Persekutuan diberi memandangkan kelembapan ekonomi di pulau itu.

Menterinya Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata kementerian telah mengarahkan LC tidak mengenakan sewa ke atas kemudahan sukan bagi memastikan aktiviti sukan dan rekreasi tidak terganggu terutama untuk belia.

Beliau berkata sewa bagi premis perniagaan perbadanan itu seperti gerai makanan dan kiosk runcit untuk peniaga kecil dan tanah yang kini disewa untuk simpanan minyak dan gas akan dikurangkan pada kadar berpatutan.

“Kami berharap hadiah ini akan membantu meringankan beban rakyat terutama komuniti perniagaan yang terjejas,” kata beliau kepada pemberita selepas merasmikan Kenduri 1 Wilayah di tapak Arena Boling Padang Antarabangsa di sini semalam.


Beliau berkata kad diskaun yang dijenamakan semula bagi pengguna di Wilayah Persekutuan pada 1 Mac untuk membeli barang keperluan pada harga rendah menggunakan “Kad Ceria Wilayah” juga akan diperluaskan ke Labuan.

“Kita mahu supaya apa sahaja yang diperkenalkan di KL dan Putrajaya, juga dilaksanakan di Labuan dan begitu juga dengan program petrol percuma bagi motosikal yang dilancarkan oleh Pemuda UMNO Labuan,” kata Tengku Adnan. – BERNAMA

Kategori