Tuesday, March 19, 2024

Creating liberating content

“Penat Sudah 2 Tahun...

ALOR SETAR - "Penat, sudah dua tahun," kata Wan Tom Wan Chik, 74,...

Tak Cedok Idea Artis...

PENYANYI popular Faizal Tahir memberitahu tindakannya sekadar berkongsi foto berkaitan single baharunya berjudul...

Yapeim & 7 Lagi...

KUALA LUMPUR - Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) dan enam lagi berjaya...

Aznil Nawawi Kembali Gegarkan...

JIKA dulu orang selalu kaitkan pengacara terkenal, Datuk Aznil Haji Nawawi dengan program...

Guru Tuisyen Wanita Cedera Dalam Cubaan Samun

BUKIT MERTAJAM – Seorang guru tuisyen wanita mengalami kecederaan termasuk ditumbuk di dahi oleh dua lelaki yang cuba menyamunnya dalam kejadian di hadapan rumah mangsa di Taman Budiman, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata dalam kejadian 10.30 pagi itu, mangsa yang berusia 27 tahun sedang berjalan pulang ke rumahnya selepas pergi ke sebuah pusat membeli-belah di situ, sebelum dihampiri sebuah motosikal dinaiki dua lelaki.

“Dua lelaki menaiki motosikal Honda Wave warna biru itu datang dari arah hadapan mangsa sebelum pemboncengnya turun dari motosikal dan bertindak menumbuk dahi wanita tersebut dan pada masa sama cuba menarik beg galas dibawa guru berkenaan.

“Semasa suspek menarik beg galas mangsa, guru tuisyen itu terjatuh dan dia diseret di atas jalan tar dan mengalami kecederaan di bahagian belakang badan, kaki serta tangan,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata mangsa menjerit meminta tolong sebelum suspek bertindak melepaskan beg galas dan meninggalkan guru tuisyen tersebut.

Nik Ros Azhan berkata dua lelaki yang memakai topi keledar penuh dengan visor gelap itu kemudian berpatah balik dan menuju ke arah mangsa, sebelum wanita itu bertindak membaling beg galasnya ke dalam rumah jiran selain menjerit meminta tolong sebelum suspek melarikan diri.


“Wanita itu membuat laporan polis sebelum mendapatkan rawatan di Hospital Bukit Mertajam berikutan mengalami luka dan calar serta lebam akibat ditumbuk dalam kejadian tersebut,” katanya.

Beliau berkata kejadian itu berjaya dirakam kamera litar tertutup yang terdapat di hadapan rumah mangsa serta jirannya dan ia turut tular di media sosial.

“Polis percaya dua lelaki yang melakukan cubaan samun itu berusia lingkungan 20-an dan berdasarkan rakaman berkenaan kami sedang mengesan mereka. Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu boleh menyalurkannya di mana-mana balai polis berdekatan,” katanya. – BERNAMA

Kategori