Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Serangan Di Paris, Lelaki...

ALGIERS - Pihak berkuasa Algeria menahan seorang lelaki yang memiliki dua kerakyatan Algeria...

Bekas Peserta Raja Lawak...

PETALING JAYA – Bekas peserta Raja Lawak musim kelima, Sulaiman Ibrahim yang lebih...

Santai: 20 Gambar Menarik...

Adakalanya, kita memerlukan hiburan sebegini bagi mengurangkan stres seharian bekerja dan pada masa...

Bomba Diarah Tingkat Pemantauan...

MARANG - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) di setiap negeri diarah meningkatkan...

Guru Tadika, Prasekolah Perlu Skim Gaji Khas

HUTAN MELINTANG – Guru tadika dan prasekolah kerajaan serta swasta perlu diberi skim gaji khas agar mereka menikmati sekurang-kurangnya gaji minimum dan tidak tersenarai di bawah garis kemiskinan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata kerajaan mahu guru tadika dan prasekolah mendapat gaji setimpal agar jiwa mereka tenang dan fokus dalam mendidik anak-anak bagi mencapai pendidikan yang cemerlang.

“”Hasrat kerajaan adalah untuk membantu guru ini yang selama ini tertinggal, terpinggir dan diketepikan… kita mahu mereka diberikan skim gaji khas walaupun tidak menyamai skim guru di sekolah kerajaan yang sedia ada, tetapi sekurang-kurangnya nasib mereka terbela,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Karnival Sukan Prasekolah Bagan Datuk di sini hari ini yang turut dihadiri Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) Datuk Amiruddin Ariffin dan Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia negeri, Datuk Shahrul Zaman Yahya.

Sehubungan itu, Ahmad Zahid berkata kerajaan menyarankan agar latihan pendidikan kepada guru tadika dan prasekolah kerajaan serta swasta diselaraskan.

Ahmad Zahid berkata beliau telah mengarahkan Kementerian Pendidikan, Kemas, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional serta beberapa institusi pengajian tinggi menjalankan kajian terperinci mengenai penyelarasan latihan itu.

“Ada guru yang dapat gaji terlalu kecil, ada guru yang dapat gaji agak tinggi kerana mereka datang daripada tadika swasta. Apabila latihan ini diselaraskan dan silibus dikoordinasikan, saya harap guru tadika ini diberi gaji minimum,” katanya.

Beliau berkata penyelarasan pendidikan perlu dilakukan bagi mengelak masyarakat dibawa arus pendidikan yang berbeza sama ada di dalam institusi pendidikan kerajaan atau swasta.

“Pembentukan sahsiah awal harus diselaraskan agar kualiti (pendidikan) dapat diberikan penekanan supaya tidak berlaku kecacamarbaan akibat pelbagai silibus dan sukatan pelajaran.

“Kita mahu pendidikan awal sekolah membentuk sahsiah keperibadian anak-anak yang menjadi aset penting generasi Malaysia pada generasi TN50,” katanya.


Sementara itu di BAGAN DATUK, Ahmad Zahid yang bercakap dalam sidang media selepas majlis pecah tanah Politeknik Bagan Datuk, berkata kerajaan sedang merangka mekanisme bagi merombak sistem pendidikan tadika dan prasekolah negara termasuk menyelaras kurikulum dan sukatan serta skim gaji minimum guru tadika dan prasekolah.

“Saya telah mempengerusikan mesyuarat khas Majlis Sosial Negara Jumaat lalu dan dalam mesyuarat berkenaan, beberapa cadangan telah diberikan bagi menyelaraskan sistem pendidikan awal persekolahan melibatkan tadika dan prasekolah yang dikendalikan kementerian terlibat serta pihak swasta.

“Ia termasuklah menyelaraskan semua sukatan pelajaran di tadika dan pra sekolah, penyediaan skim gaji atau gaji minimum bagi guru dan kursus jangka pendek bagi semua guru yang mempunyai kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM),” katanya.

Ahmad Zahid yang juga Anggota Parlimen Bagan Datuk berkata kewujudan tadika dan prasekolah yang semakin banyak di negara ini menyebabkan berlakunya ketidakselarasan dalam sukatan pelajaran peringkat awal kanak-kanak di tadika dan prasekolah milik kerajaan serta swasta.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid juga mengarahkan semua guru tadika dan prasekolah lepasan SPM yang tidak mempunyai sebarang sijil mahupun kemahiran Pedagogi supaya mengikuti kursus jangka pendek sekurang-kurangnya tiga bulan sebelum mengajar.

“Ia munasabah agar gaji minimum guru tadika dan prasekolah dapat dipiawaikan serta diseragamkan demi masa hadapan golongan pendidik ini,” katanya. – BERNAMA

Kategori