Guru Penolong Kanan Ditemui Mati Lemas Ketika Memukat

BACHOK – Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum Sekolah Kebangsaan Dewan Beta, Kota Bharu ditemui mati lemas di Pantai Telong di sini pagi tadi.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Bachok, Mohd Faizal Mohamed berkata dalam kejadian 9.45 pagi itu Masrof Adnin, 60, dipercayai sedang memukat ikan menggunakan pukat tarik di pantai itu.

Guru Penolong Kanan Ditemui Mati Lemas

“Mangsa yang memukat seorang diri dipercayai ditarik ombak hingga lemas dan nelayan yang menemui mayatnya telah menghubungi APM bagi memaklumkan perkara itu,” katanya ketika dihubungi di sini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bachok, DSP Nik Aminuddin Raja Abdullah ketika mengesahkan kejadian itu berkata mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab 11 (HRPZII), Kota Bharu untuk bedah siasat. – BERNAMA

Loading...