Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Video: Baju Britney Spears...

SEBAGAI seorang penyanyi, pakaian yang dipakai ketika membuat persembahan lazimnya memainkan peranan penting...

Mahathir Tidak Akan Ke...

DR. Mahathir Mohamad tidak akan ke Rantau untuk membantu Pakatan Harapan pada hari...

TUDM Hentikan Semua Operasi...

KUALA LUMPUR - Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) berkata helikopter Nuri milik...

Konsert ‘Tribute’ Lagenda Tan...

Yayasan Artis 1 Malaysia (YA1M) bakal mengadakan konsert khas bagi memberi penghormatan kepada...

Guru Maut Dalam Perjalanan Ke Sekolah

MARANG – Tiga individu termasuk seorang guru maut dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan di kilometer 42 Jalan Kuala Terengganu – Kuantan, berhampiran Kampung Gong Balai, di sini, 7.20 pagi tadi.

Lebih menyayat hati ketika kejadian mangsa, Zaimah Abdul Rahman, 54, guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Awang Jabar, di sini dalam perjalanan ke sekolah bagi mengajar kelas tambahan kepada pelajarnya bagi menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Pelajar Zaimah, Muhammad Abdin Syakirin Ahmad Yusup,17 yang ditemui pemberita berkata sepatutnya gurunya itu mengajar kelas tambahan bagi subjek Bahasa Melayu bermula 8 pagi.

Namun sehingga 8.20 pagi beliau tidak muncul dan pelajar menganggap gurunya itu mempunyai perkara yang lebih penting.

“Tidak lama selepas itu kami ada terbaca menerusi kumpulan Whatsapp terdapat sebuah kereta Viva berwarna putih terlibat dalam kemalangan, namun tidak sangka ia adalah kereta cikgu. Kami bergegas ke lokasi kejadian untuk meninjau keadaan,” katanya.

Selain Zaimah, dua lagi yang maut ialah pemandu kereta Proton Saga, Rohimah Baru, 53, dan adik tirinya Kamariah Draman, 44, manakala seorang lagi yang menaiki kereta sama turut mengalami kecederaan.


Kesemua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian kerana mengalami kecederaan parah akibat pertembungan itu.

Ketua Polis Daerah Marang, DSP Mohd Suhaimi Ali ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan menurutnya mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu untuk dibedah siasat manakala mangsa yang cedera turut menerima rawatan di hospital sama. – BERNAMA

Kategori