Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Jangan Nyah Warta Hutan...

KUALA LUMPUR - Kerajaan Selangor diminta mengekalkan Hutan Simpan Kekal Kuala Langat Utara...

Imam Antara Terbunuh Serangan...

NEW YORK - Seorang imam dan lelaki yang tidak dikenali ditembak di kepala...

Beli Foto Lama Samseng...

WASHINGTON DC - Tahun 2010, seorang lelaki berasal dari California, Amerika Syarikat (AS),...

Twitter Tukar Butang ‘Favourite’...

LAMAN sosial Twitter mengumumkan perubahan butang 'favourite' yang sebelum ini berbentuk bintang kepada bentuk hati...

Guru, Kerani Didakwa Serah Sijil Cuti Sakit Palsu

SHAH ALAM – Seorang guru dan kerani sebuah sekolah rendah di daerah ini, dihadapkan di Mahkamah Majistret berasingan di sini hari ini, masing-masing atas dua pertuduhan memperdayakan guru besar sekolah itu dengan menyerahkan sijil cuti sakit yang palsu.

Zainuddin Deraman, 41, seorang guru dan Saiful Rizal Mohd Haris, 28, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadap masing-masing dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Siti Shakirah Mohtarudin dan Majistret P. Sarulatha.

Di hadapan Majistret Siti Shakirah, Zainuddin didakwa memperdayakan Sapiah Jaffar, 54, menyebabkan guru besar itu mempercayai bahawa dua sijil sakit palsu yang diserahkan oleh tertuduh adalah tulen.

Di hadapan Majistret Sarulatha, Saiful Rizal juga menghadapi dua pertuduhan memperdayakan individu sama menyebabkan wanita itu mempercayai bahawa dua sijil sakit palsu yang diserahkan oleh tertuduh adalah tulen.

Kedua-dua tertuduh didakwa melakukan kesalahan berkenaan di sekolah itu, antara 5 Sept 2016 dan 18 Jan lepas.


Mereka didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara minimum setahun dan maksimum 10 tahun dan dengan sebat dan boleh juga didenda, jika sabit kesalahan.

Kedua-dua majistret membenarkan Zainuddin dan Saiful Rizal dibebaskan dengan jaminan RM2,500 setiap seorang bagi setiap pertuduhan dan menetapkan 12 Mei depan untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan bagi kedua-dua kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Khairul Aisamuddin Abdul Rahman dan Nurul Huda Ramli sementara kedua-dua tertuduh diwakili peguam Dony Abdullah. – BERNAMA

Kategori