Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Kandungan Surat Sebut Menteri...

KUALA LUMPUR - Lim Guan Eng yang mengesahkan tidak menandatangani surat lantikan bagi...

Jangan Jual Tanah TH...

KUALA LUMPUR - "Dulu lain, sekarang lain"...begitulah nada anggota Parlimen terhadap polemik tanah...

854 Anggota MALBATT Ke...

PETALING JAYA: Seramai 854 anggota terdiri daripada 84 pegawai dan 770 anggota lain-lain...

Singapura Umum Rombakan Kabinet,...

SINGAPURA - Perdana Menteri Singapaura, Lee Hsien Loong hari ini mengumumkan beberapa rombakan...

Guru-Guru & Kakitangan Awam Perlu Patuhi Perintah Am

KUALA NERANG – Guru-guru dan kakitangan awam yang lain tertakluk kepada Perintah Am yang melarang mereka daripada terlibat dengan sebarang perhimpunan haram seperti Bersih 4, kata Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid hari ini.

Beliau berkata penjawat awam perlu mematuhi serta bertindak selari dengan keputusan yang dibuat oleh kerajaan dan tidak boleh bertindak bertentangan dengan undang-undang.

“Sesiapa yang hendak menjadi guru, mereka tertakluk kepada Perintah Am yang jelas mengatakan mereka tidak boleh membuat perkara-perkara yang bertentangan dengan undang-undang dan peraturan.”

Jikalau anda (guru) berbuat sesuatu yang melewati undang-undang, tanggunglah sendiri,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Padang Terap di sini, hari Sabtu.

Mahdzir yang juga Ketua UMNO Bahagian Padang Terap berkata, kakitangan awam termasuk guru-guru perlu bersama-sama dengan kerajaan. Adalah sesuatu yang tidak betul katanya, jika seseorang yang bertugas dan dibayar gaji serta elaun oleh kerajaan berbuat sesuatu yang bertentangan dengan kepentingan kerajaan.

“Gaji, elaun dan semuanya dibayar (kerajaan), tetapi selepas itu pergi berarak dan menentang kerajaan,’hentam’ kerajaan, tak suka kerajaan tetapi balik daripada itu (berarak) pergi ambil gaji daripada kerajaan,” katanya.


Terdahulu ketika merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Padang Terap itu, beliau meminta masyarakat berhati-hati dengan cubaan pihak tertentu yang sedang menyebar api perkauman untuk menimbulkan kebencian satu sama lain.

Katanya, ada pihak sedang berusaha ke arah itu dengan tujuan memastikan agenda menjatuhkan kerajaan Melayu yang dipimpin oleh UMNO dan Barisan Nasional (BN) itu tumbang.

Mahdzir yang juga anggota Majlis Tertinggi UMNO berkata, pihak terbabit daripada dalam dan luar negara menggunakan strategi memburuk-burukkan nama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi isu-isu tertentu.

“Menerusi usaha memburuk-burukkan ini, pihak terbabit berharap rakyat akan hilang kepercayaan terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak dan kerajaan yang ditunjangi oleh UMNO itu akan runtuh,” katanya. – BERNAMA

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori