Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Harga Kekal Lagi Minggu...

PUTRAJAYA – Harga runcit siling bahan bakar ditetapkan secara mingguan mulai 30 Mac...

Berderau Darah Terkepit Kaki...

KUANTAN – Baru setahun bekerja, sudah buat silap besar! Itu yang terlintas dalam...

Polis Kelantan Perketat Kawalan...

PASIR MAS: Polis Kelantan mengerahkan lebih 500 anggotanya untuk memperketatkan kawalan sempadan Malaysia-Thailand...

Strategi Kuasa Asing Rakyat...

KUALA LUMPUR - Tindakan Jabatan Keadilan (DoJ) Amerika Syarikat membuat kenyataan mengenai 1Malaysia...

Guan Eng Usah Politikkan Lagi Isu Kamera AES

BAGAN DATUK – Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng diminta mengambil usaha proaktif dalam mengurangkan kadar kematian jalan raya dan bukannya mempolitikkan pemasangan kamera Automated Enforcement System (AES) di negeri itu.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata langkah kerajaan memasang kamera AES adalah untuk mendidik pengguna jalan raya supaya berhati-hati dan berwaspada ketika memandu.

“Dia tidak patut membangkitkan dengan mempolitikkannya. Sepatutnya dia prihatin bagaimana untuk membantu mengurangkan kemalangan jalan raya, tak kiralah pandangan politik yang berlainan,” katanya pada sidang media selepas majlis pelancaran akaun rasmi Aplikasi WeChat My Perak di Hutan Melintang,

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Lim yang menegaskan tidak membenarkan pemasangan kamera AES di Pulau Pinang.

Dalam pada itu, Liow menegaskan pihaknya hanya akan memasang kamera AES berdasarkan permintaan pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Jika PBT dan agensi terlibat tidak membuat permohonan, maka kita tidak akan memasang kamera AES,” katanya.

Dalam perkembangan berasingan, Liow berkata Kementerian Pengangkutan bersedia untuk membina laluan pejalan kaki di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS) Ipoh bagi memudahkan penumpang pesawat menuju ke kapal terbang.

Jelasnya, beliau akan bekerjasama dengan kerajaan negeri bagi mengatasi masalah yang dihadapi pengguna lapangan terbang berkenaan terutama ketika hujan.


“Saya sudah melakukan lawatan di LTSAS dan melihat dua penyelesaian iaitu pertama menggunakan perkhidmatan bas untuk mengangkut penumpang dari balai berlepas ke pesawat.

“Namun, terdapat masalah jika menggunakan bas kerana ruang di lapangan berkenaan terlalu sempit,” katanya.

Bagaimanapun, Liow berkata pihak kementerian melihat kaedah kedua, membina laluan pejalan kaki dari balai berlepas menuju ke pesawat.

“Kementerian bersedia membina laluan pejalan kaki dan saya rasa pihak Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) juga tidak mempunyai masalah dalam perkara ini.

“Apa pun kami akan terus melakukan perbincangan dengan kerajaan negeri dan mereka boleh mengemukakan permohonan kepada kementerian,” katanya. – BERNAMA

Kategori