Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

GAMBAR: Si Kaya Pasti...

REPUBLIK Czech masih lagi dibelenggu krisis makanan dan minuman sehingga rakyatnya menjadi mangsa...

Doktor HSNZ Ditemukan Mati...

KUALA TERENGGANU - Seorang doktor perubatan yang bertugas di Hospital Sultanah Nur Zahirah...

Tak Pernah Terlibat Urusan...

KUANTAN - Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob hari ini berkata beliau...

KPDNKK Rampas Telefon Bimbit...

SHAH ALAM - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menyerbu dua...

GST, Penyelamat Kepada Ekonomi Negara

KUALA LUMPUR – Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), yang diperkenalkan pada tahun lepas, menjadi penyelamat kepada ekonomi negara susulan kejatuhan harga minyak mentah telah menyebabkan ekonomi global tidak menentu dan banyak negara mengalami kelembapan ekonomi.

Malah, sistem percukaian baharu itu telah membantu Malaysia untuk menampung pengurangan hasil minyaknya.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga Menteri Kewangan, telah menyatakan sebelum ini, ‘Tanpa GST, ekonomi Malaysia akan lumpuh’.

Cukai itu, yang dilaksanakan pada 1 Apr, tahun lepas pada kadar enam peratus, disasarkan untuk meraih sebanyak RM39 bilion pada tahun ini, dan telah mencecah RM30 bilion pada 19 Oktober 2016.

Kutipan bersih GST dari tarikh pelaksanaannya hingga 31 Disember 2015 adalah sebanyak RM27.01 bilion.

GST, walaupun kontroversi pada awalnya, berjaya dilaksanakan setakat ini tahun ini, selepas melalui penambahbaikan yang berterusan daripada Jabatan Kastam Diraja Malaysia dengan melibatkan komuniti perniagaan selain mewujudkan kesedaran dalam kalangan syarikat untuk mematuhi cukai tersebut.

Malah, ramai pakar-pakar dalam bidang percukaian melihat peningkatan dari segi penyerahan dokumen GST oleh perniagaan dan pertanyaan mengenai cukai itu kepada pihak berkuasa mendapat maklum balas segera sepanjang tahun.

Ini merupakan petunjuk positif yang mencerminkan kecekapan dan kesungguhan Jabatan Kastam untuk melibatkan orang ramai dan perniagaan supaya mereka lebih patuh GST.

GST Partner daripada Deloitte Tax Services Sdn. Bhd., Senthuran Elalingam, berkata semua pihak bertukar-tukar pandangan dan memahami antara satu sama lain dengan lebih baik.

Beliau menyambut baik keputusan kerajaan untuk menggabungkan zon ekonomi khas — Zon Perindustrian Bebas dan Zon Perdagangan Bebas — kepada zon bebas untuk menikmati faedah yang sama, seperti diumumkan dalam Bajet 2017.

Sebelum ini, terdapat kekeliruan mengenai pengecualian GST dan pengecualian daripada dua zon ekonomi khas dan layanan yang berbeza menjadikannya lebih kompleks, menyebabkan perubahan kepada undang-undang dan panduan.

Senthuran berkata ini (langkah) akan memudahkan pergerakan barangan berikutan Malaysia berorientasikan eksport, dalam sektor pembuatan dan perdagangan.

“Ia akan membantu pengeluar dan pengeksport Malaysia beroperasi dengan lebih cekap berikutan negara kini menghadapi persaingan daripada negara-negara Asia Tenggara yang lain, iaitu Vietnam dan Thailand, apabila kos buruh mereka lebih rendah,” katanya.

Mengenai operasi Strategi Lautan Biru Kastam (Ops CBOS), beliau memuji pendekatan jabatan itu untuk mengurangkan atau mengecualikan penalti jika pembayar cukai secara sukarela menyatakan kesilapan atau jumlah yang kurang dibayar sebelum akhir tahun ini.

“Ini merupakan pendekatan yang dialu-alukan dan perlu diteruskan untuk tahun-tahun akan datang bagi menggalakkan perniagaan menghubungi jabatan tersebut berikutan terdapat syarikat yang masih tidak pasti mengenainya,” katanya.

Ops CBOS diumumkan pada Ogos 2015 oleh jabatan itu untuk mengaudit syarikat yang mendaftar GST.

Operasi tersebut, yang bermula secara berperingkat mulai 1 September 2016, menyasarkan untuk menjalankan audit ke atas 50,000 syarikat bagi memastikan sistem GST dilaksanakan dengan kaedah yang betul.

Sementara itu, Senthuran berkata, syarikat dengan projek yang baru bermula, terutamanya pemaju hartanah serta penyedia perkhidmatan minyak dan gas, menghadapi kesukaran dalam mendaftar GST.


Ini berikutan projek tersebut memerlukan pelaburan hadapan dalam pembinaan yang tidak menjana pendapatan untuk beberapa tahun, katanya.

“Ini adalah projek baharu dengan tanpa pendapatan. Oleh itu, mereka mendapati sukar untuk mendaftar dan mendapatkan kembali GST ke atas kos pembinaan dan infrastruktur ini yang menambah kepada kos perniagaan mereka,” katanya.

Senthuran berkata Singapura membenarkan syarikat-syarikat ini mendaftar GST berdasarkan mereka menunjukkan bahawa mereka mempunyai perniagaan dan akan menerima pendapatan pada masa akan datang.

Orang ramai dan perniagaan juga berasa lega apabila cakap-cakap mengenai kadar GST akan dinaikkan tidak benar.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan syarikat perakaunan, YYC Holdings Sdn. Bhd., Yap Shin Siang, berkata ramai yang bimbang kadar GST akan dinaikkan.

Kerajaan telah menyatakan bahawa kadar tersebut akan dikekalkan yang mengambil kira kebajikan dan kemampuan rakyat, katanya.

Yap, yang berharap kadar tersebut akan dikekalkan untuk menggalakkan perbelanjaan pengguna, menjangka untuk menyaksikan lebih banyak penguatkuasaan daripada Jabatan Kastam bagi memastikan perniagaan mematuhi peraturan GST.

Beliau berkata sasaran kutipan GST sebanyak RM40 bilion pada 2017 dapat dicapai.

Jabatan itu juga perlu mempercepatkan proses pembayaran balik khas berikutan banyak syarikat yang mengemukakan tuntutan sejak September 2015 sama ada sedang menunggu atau ditolak.

“Perniagaan kecewa kerana mereka telah menyediakan semua dokumen yang diperlukan, tetapi tidak mendapat semula tuntutan mereka,” kata Yap.

Dilaporkan Jabatan Kastam telah menolak permohonan bagi pembayaran balik khas cukai jualan yang dibuat di bawah Seksyen 190 Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014.

Jabatan itu berkata antara sebabnya ialah terdapat kenaikan harga selepas pelaksanaan GST dan margin keuntungan produk terlalu tinggi.

Sementara itu, Jabatan Kastam telah menerima permintaan supaya mengekalkan pelepasan GST ke atas bekalan barangan dan perkhidmatan yang disediakan oleh pemaju hartanah atau pemilik tanah.

Di bawah Rang Undang-Undang Kewangan 2016, pembinaan infrastruktur untuk projek seperti stesen bekalan kuasa, jalan masuk, paip air, dewan komuniti dan taman permainan oleh pemaju tidak lagi dianggap sebagai pelepasan atau dikecualikan daripada GST mulai Januari 2017.

“Di bawah rang undang-undang itu, ia akan ditukar kepada tiada bekalan, yang bermakna cukai input tidak boleh dituntut. Ini bermakna kos pembinaan projek infrastruktur ini akan dipindahkan kepada pengguna.

“Kami berharap kerajaan akan mempertimbangkan semula perkara ini untuk mengurangkan beban pengguna,” kata Yap. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori