Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Saiz Parti Komponen Bukan...

KOTA KINABALU - Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan...

FIFA Siasat Salah Laku...

VATUNIKI - Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) membuka prosiding disiplin ke atas dua pegawai...

Bazar Ramadan, Aidilfitri Di...

KUALA LUMPUR - Penganjuran bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota tetap akan...

Helikopter Terbakar Ketika Buat...

KOTA KINABALU - Sebuah helikopter jenis Hornbill, milik syarikat Layang-Layang Aerospace, terbalik lalu...

Grab Lancar Kempen ‘Better 365’, Manfaat Pemandu

PETALING JAYA – Syarikat perkhidmatan teksi e-hailing (e-panggilan), Grab Malaysia hari ini melancarkan kempen ‘Better 365’ sebagai komitmen pihaknya meningkatkan kebajikan dan memberi manfaat kepada pemandu perkhidmatan berkenaan.

Ketua Grab Malaysia, Sean Goh berkata kempen itu memberi penekanan kepada aspek sokongan yang lebih baik, peningkatan pendapatan, perkakasan terbaik dan komuniti yang lebih kukuh.

“Grab sentiasa mengutamakan kebajikan rakan pemandu dalam membantu meningkatkan pendapatan mereka, hal ini kerana mereka merupakan komponen terpenting dalam perkhidmatan kami.

“Kami akan berterusan membantu pemandu agar mereka dapat menjalankan tugas dengan lebih baik bagi menjadikan Grab sebagai perkhidmatan yang selamat dan mudah diakses oleh pengguna,” katanya pada majlis pelancaran kempen tersebut di sini hari ini.

Goh berkata Grab turut memperkenalkan beberapa siri aktiviti melalui kempen tersebut antaranya penilaian perjalanan, memudahkan insentif untuk pemandu, pusat bantuan dalam aplikasi untuk pemandu, GrabAllStars, Pusat Pemandu Grab dan sesi teh tarik serta mesyuarat umum.


Beliau berkata menurut kajian yang diterbitkan pada Jun lalu, pemandu Grab memperoleh pendapatan sebanyak 32 peratus lebih tinggi dalam tempoh sejam berbanding purata pendapatan pekerja-pekerja lain. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • Grab

Kategori