Friday, April 19, 2024

Creating liberating content

Mat Sabu Akan Ambil...

MENTERI Pertahanan, Mohamad Sabu akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Khairy Jamaluddin yang didakwanya...

Mercy Hantar Staf Perubatan...

KUALA LUMPUR - Di tengah-tengah kebanjiran drastik pelarian Rohingya ke Bangladesh berikutan keganasan...

Dua Pencari Kelubi Maut...

MUKAH - Gara-gara dikatakan mengganggu sarang ular dipercayai tedung hitam yang dikenali dengan...

Perwakilan Asing Puji Pendirian...

KUALA LUMPUR - Perwakilan asing yang menghadiri majlis perasmian Perhimpunan Agung UMNO 2017...

GPMS Yakin Najib Mampu Tangani Krisis Korea Utara

KUALA LUMPUR – Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) melahirkan keyakinan penuh ke atas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menyelesaikan krisis diplomatik dengan kerajaan Korea Utara.

Presidennya, Zambri Mohd. Isa berkata, GPMS yakin Perdana Menteri mampu melakukan yang terbaik berdasarkan kemampuannya mengendalikan beberapa isu besar sebelum ini seperti peristiwa MH370, MH17 serta pencerobohan Lahad Datu.

“GPMS menyakini dan mendokong sepenuhnya apa jua usaha yang dilaksanakan oleh Perdana Menteri dalam menyelesaikan krisis dan ketegangan ini,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Zambri seterusnya berkata, GPMS menyeru supaya Parlimen menyokong dan memberi mandat penuh kepada Perdana Menteri dalam mengendalikan isu krisis Malaysia-Korea Utara.

Menurut beliau, usul itu penting untuk diluluskan sebulat suara kerana disaat genting seperti ini seluruh rakyat Malaysia mesti bersolidariti dan berdiri teguh bersama-sama kepimpinan negara.


“Kita perlu memastikan negara terus berada dalam keadaan selamat disamping kedaulatan negara tidak tergugat.

“GPMS juga menyeru umat Islam mengadakan solat hajat memohon kepada Allah S.W.T agar Perdana Menteri diberi kekuatan menyelesaikan krisis ini tanpa pertumpahan darah,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Kategori