Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Ketiadaan Rumah Sendiri Resahkan...

TANAH MERAH - Ketiadaan rumah sendiri menjadi keresahan kebanyakan generasi kedua warga Felda...

Dr Mahathir Mahu Malaysia...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mahu Malaysia meneroka teknologi...

Polis Kesan Lelaki Disyaki...

JOHOR BAHRU - Polis sedang memburu seorang lelaki dipercayai menikam isterinya di sebuah...

Proton Lancar Saga Versi...

SHAH ALAM - Proton Holdings Berhad melancarkan Proton Saga 1.3L generasi ketiga dengan...

GPMS Perlu Perkasa Peranan – Exco Kedah

SUNGAI PETANI – Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) perlu memperkasa peranan mereka dalam usaha memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai pentingnya pendidikan, kata Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengangkutan dan Kerja Raya Negeri Datuk Tajul Urus Mat Zain.

Beliau berkata pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti GPMS boleh turut memainkan peranan dalam perkara ini daripada bergantung kepada guru dan Jabatan Pendidikan semata-mata.

“Kita mahu melihat wujudnya satu gelombang kesedaran tentang betapa pentingnya pendidikan.

“Justeru, dalam usaha menggerakkan kesedaran ini, Jabatan Pendidikan dan guru tidak boleh bersendirian, sebab itu saya merasakan bahawa GPMS perlu
diperkasa malah perlu diberi mandat yang lebih berat untuk menjadi pendukung kepada gerakan kesedaran ini,” katanya.


Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Program Motivasi Perdana GPMS Kedah 2014 (Pecutan Akhir SPM) di Sekolah Menengah Kebangsaan Merbok, di sini semalam.

Tajul Urus berkata sebagai NGO, GPMS akan turut mendapat bantuan dan sokongan daripada anak-anak syarikat kerajaan serta syarikat swasta di negeri
ini.

Presiden GPMS Kedah Shamsul Bahar Abdul Rani berkata GPMS bersedia memainkan peranan itu demi kepentingan pendidikan untuk masyarakat. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori