Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Pejabat DBKL Di Segambut...

KUALA LUMPUR – Pejabat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) Cawangan Segambut yang sebelum...

Kanak-Kanak Lelaki Lemas Ketika...

JOHOR BAHRU - Seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun mati lemas selepas mandi...

Aedes: 71 Tapak Pembinaan...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 73 peratus atau 74 daripada 102 tapak pembinaan yang...

’10 Years Challenge’ Krisdayanti...

TINDAKAN penyanyi terkenal Indonesia Krisdayanti memuat naik gambar cabaran #10yearschallenge bersama suami, Raul...

Golongan Muda Juga Perlu Rancang Pembahagian Harta

KUALA LUMPUR – Bukan sahaja golongn tua yang perlu merancang pengurusan harta pusaka mereka, tetapi juga golongan muda perlu berbuat demikian.

Ketua Pegawai Eksekutif Wasiyyah Shoppe Sdn Bhd, Azrin Sabirin berkata jika tidak berbuat demikian dan mereka meninggal pada usia muda, waris mereka yang berumur 18 tahun ke bawah dan masih bersekolah bakal berhadapan cabaran proses perundangan dan pemuafakatan dalam mendapat pembahagian harta peninggalan ibu bapa mereka.

Beliau berkata ia turut melibatkan faktor masa bagi menyelesaikan pembahagian harta pusaka.

“Lebih lewat prosesnya selesai, semakin lewat si waris menerima harta pusaka si mati, maka semakin tertekan situasi si waris,” katanya.

Wasiyyah Shoppe Sdn Bhd merupakan organisasi pakar dalam perancangan dan pengurusan harta pusaka berkonsepkan Syariah.


Azrin berkata terdapat juga kes yang menyebabkan si balu terpaksa menunggu lama untuk menyelesaikan harta pusaka tinggalan suami mereka sedangkan si balu memerlukan pembiayaan untuk meneruskan hidup.

“Bagi golongan yang sudah berumur, sekalipun proses menguruskan harta mereka lambat selesai, waris-waris mereka mungkin tidak terjejas kerana mereka sudah bekerja atau mempunyai pendapatan sendiri,” katanya.

Beliau berkata tanggapan bahawa golongan berusia lanjut sahaja yang perlu mewariskan harta mereka dapat digambarkan dengan kira-kira 70 peratus daripada 36,000 pelanggan syarikat berkenaan terdiri daripada golongan berumur 55 tahun ke atas.

Sehubungan itu katanya pihaknya telah melantik Angkasawan Negara, Datuk Sheikh Muszaphar Shukor sebagai duta dan jurucakap syarikat berkenaan untuk menarik golongan terutama profesional muda bagi merancang pemilikan harta mereka lebih awal. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori