Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Paderi Hilang: Pusat Bacaan...

PETALING JAYA - Susulan kehilangan paderi, Raymond Koh Keng Joo sejak tiga minggu...

Bas ‘Hop On Hop...

KUALA TERENGGANU - Kerajaan negeri Terengganu membeli dua buah bas dua tingkat bernilai...

Dituduh Tiru Paten, Jualan...

CHINA yang begitu sinonim dengan barangan 'buatan sendiri' nampaknya sudah mula mengambil tindakan drastik...

Dipukul Dengan Helmet, Rambut...

AKSI pergaduhan tiga wanita di satu perkampungan yang tidak dinyatakan lokasinya menjadi viral...

Melaka Tawar Lot Tanah Premium Kepada Liu Ying

AYER KEROH – Kerajaan Melaka menawarkan sebidang lot tanah dengan bayaran premium kepada Goh Liu Ying susulan pencapaian meraih pingat perak pada perlawanan akhir beregu campuran badminton Olimpik Rio 2016, dua minggu lalu.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron, berkata tawaran membabitkan kawasan seluas kira-kira 464 hingga 929 meter persegi sama ada di Semujuk, Jasin atau Durian Tunggal, Alor Gajah.

“Kita beri kebenaran dan akan meluluskan pemilikan tanah lot yang dibahagikan oleh kerajaan kepada pegawai kerajaan jika Liu Ying memohon.

“Selepas memilikinya (tanah), beliau boleh membina rumah. Keistimewaan ini diberi kepada Liu Ying kerana kesungguhannya sebagai anak jati Melaka membawa pulang pingat yang menjadi rebutan,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Idris berkata demikian pada program sarapan khas bersama pemain badminton negara itu di kediaman rasmi Ketua Menteri, di Seri Bendahara.


Yang turut hadir, isteri Ketua Menteri, Datin Seri Fadilah Abdullah serta ibu bapa Liu Ying, Goh Chak Whee, 59, dan isteri, Yong Ooi Lin, 53, bersama adik pemain negara itu, Goh Qi Liang, 25.

Idris berkata, Liu Ying dan pasangan beregunya, Chang Peng Soon turut menerima ganjaran RM50,000 daripada kerajaan negeri. – BH Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori