Friday, April 26, 2024

Creating liberating content

Lipas Menjadikan Lelaki Ini...

Di Malaysia, usahawan yang menternak serangga seperti cengkerik sebagai sumber pendapatan telah biasa...

Nekmat Diarah Sedia Tempat...

PASIR SALAK - Persatuan Nelayan Kebangsaan (Nekmat) diarah menyediakan tempat penyimpanan stok ikan...

Kekuatan Dalaman Hadapi Cabaran...

PUTRAJAYA - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Malaysia boleh mengawal kekuatan dalaman...

Lelaki Lahanat Tergamak Rogol,...

London – Seorang lelaki telah melakukan perbuatan keji dan tidak boleh diterima akal,...

GoAsean Kini Boleh Ditonton Menerusi Aplikasi Mudah Alih

KUALA LUMPUR – Penonton saluran kembara pertama di dunia mengenai ASEAN, GOASEAN kini berpeluang untuk menonton siaran kegemaran mereka itu pada bila-bila masa dengan pelancaran aplikasi mudah alih GOASEAN.

Aplikasi mudah alih itu dilancarkan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Mohd Salleh Said Keruak di sini semalam.

Saluran kembara itu boleh diakses di seluruh dunia dengan memuat turun aplikasi mudah alih percuma untuk pengguna telefon pintar sistem Android dan Apple.

GOASEAN ialah saluran 24-jam dibangunkan menerusi inisiatif yang diterajui Malaysia dan dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa Sidang Kemuncak ASEAN ke-26, April lepas.


Saluran itu menyediakan pelbagai platform untuk mempamerkan ASEAN sebagai satu destinasi pelancongan dan satu pemacu ekonomi utama.

Salleh juga melancarkan sistem tempahan perjalanan dalam talian, ‘LetsGoNow’ yang membolehkan pengguna menempah penerbangan dan penginapan mengikut masa dan kemampuan mereka untuk melancong ke negara ASEAN. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]jbKnuwxdHLk[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori