Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Kira-Kira 22 Terkorban Banjir...

MANAGUA - Kira-kira 22 orang terkorban, manakala lebih 32,000 hilang tempat tinggal berikutan...

Anggota Bomba Turut Berdepan...

KOTA BAHARU - Banjir besar melanda Kelantan kali ini jelas memberi pengalaman baharu...

Maut Dirempuh, Digilis Treler...

MALANG nasib seorang lelaki apabila dia dirempuh oleh sebuah treler secara tiba-tiba ketika...

LATAR Edar 1,000 Kad...

KUALA LUMPUR – Lebuhraya KL-Kuala Selangor (LATAR) akan mengedarkan sebanyak 1,000 kad Touch...

Giat Mara Baiki Pendawaian: Pelajar Tahfiz Dalam Bahaya?

KUALA LUMPUR – Pertubuhan Pendidikan Sejahtera Malaysia (Pendidik) mencerca Bajet 2018 kerana mengumumkan kerja-kerja baik pulih sistem penyelenggaran pusat tahfiz di seluruh negara melibatkan peruntukkan sebanyak RM50 juta akan dikendalikan oleh GiatMara.

Badan bukan kerajaan (NGO) pimpinan aktivis pembangkang, Amidi Abdul Rahman tersebut menuduh kononnya kerajaan mempertaruhkan nyawa pelajar tahfiz kerana membenarkan GiatMara mengendalikan kerja-kerja baik pulih tersebut.

“Bajet 2018 menyenaraikan aspek keselamatan pusat-pusat tahfiz dengan peruntukan RM 50 juta. Namun ada sesuatu yang musykil apabila disebutkan membaik pulih dan menyelenggara sistem pendawaian di semua sekolah tahfiz yang berdaftar dikendalikan oleh GiatMara.

“Adakah nanti jika berlaku kebakaran pihak Giat Mara boleh dipertanggungjawabkan? Maka nyawa para huffaz sekali lagi menjadi pertaruhan apabila pusat tahfiz menjadi tempat latihan amali pendawaian elektrik,” dakwanya secara somborono dalam satu kenyataan hari ini.

Amidi yang merupakan bekas Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada tahun 2015.

Justeru, dakwa beliau, gelaran ibu segala bajet nasional tidak layak diberikan kepada Bajet 2018 apabila nyawa para huffaz ditangani secara tidak profesional dan tidak bertanggungjawab.


Pemimpin DAP, Ngeh Koo Ham pula menuduh pengumuman Pangkor sebagai kawasan bebas cukai dalam Bajet 2018 tidak akan membawa sebarang faedah.

Dakwa beliau, langkah itu sebaliknya akan membawa masalah dan kesulitan kepada rakyat kerana akan diperiksa oleh kastam ketika mahu meninggalkan Pangkor.

Demikian antara hujah-hujah keanak-anakkan pihak berkepentingan pembangkang yang sangat terdesak untuk memperlekehkan Bajet 2018. – MYNEWSHUB.CC

Kategori