Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Telefon Pintar Boleh Uji...

MIAMI - Peranti baharu telefon pintar kini boleh menganalisis kualiti sperma lelaki. Menurut penyelidik...

Najib Kunjungi Bazar Ramadan...

SEREMBAN - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkunjung ke...

MH370: Keluarga Belum Mahu...

KUALA LUMPUR - Banyak keluarga mangsa tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang...

Pelakon Filem Lucah Ketagih...

GARA-GARA menelan pil bagi mencegah mati pucuk, seorang pelakon filem lucah terpaksa berhenti...

Gesaan Dedah Sumber Dana Politik! – DAP Berdolak-Dalik

KUALA LUMPUR – DAP berdolak-dalik berhubung cadangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya setiap parti politik dalam negara mendedahkan sumber dana politik yang diterima.

Setiausaha Organisasi DAP, Loke Siew Fook mendakwa kononnya parti itu tidak pernah menentang cadangan itu tetapi ia sukar dilakukan kerana kebanyakan kebanyakan dana DAP diterima daripada mereka yang enggan dikenali.

“DAP tidak pernah menentang sebarang usaha untuk memperbaharui peraturan berhubung dana politik di Malaysia. Bagaimanapun kebanyakan penyumbang kepada dana kami adalah `anonymous’ (tanpa nama),” dakwanya dalam satu kenyataan semalam.

Siew Fook turut membuat alasan kononnya kebanyakan penyumbang dana politik DAP takut untuk memberitahu nama mereka kerana akan dizalimi oleh kerajaan Persekutuan.

Kelmarin Najib dipetik berkata, beliau akan mencadangkan semula pengwujudan peraturan yang menghendaki parti politik mendedahkan senarai punca dana politik yang diterima mereka.


Menurut Perdana Menteri, cadangan peraturan itu yang bertujuan memastikan parti politik lebih telus sebelum ini telah dikemukakan namun ditolak DAP.

“Memang presiden parti boleh cari wang (dana) untuk parti. Saya boleh terangkan (punca dana UMNO) dengan syarat pembangkang pun terangkan punca kewangan mereka.

“DAP perlu terangkan, PKR perlu terangkan daripada mana mereka dapat (dana). Saya boleh terangkan kalau mereka terangkan…sama-sama kita terangkan barulah adil,” kata Najib. – mynewshub.cc

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori