Thursday, April 18, 2024

Creating liberating content

Bapa Tak Suka BF...

NAK tergelak pun ada! Zaman sekarang ada lagi ibu bapa yang mengambil kira...

Maut Terlebih Makan Durian

SEORANG pemandu van mini ditemui mati di Curug, Tangerang dekat Jakarta, Indonesia, dan...

Najib Ucap Tahniah Malaysia...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menzahirkan...

RM1.6 Bilion Jika Real...

MENURUT laporan oleh The Sun, Real Madrid tahu jumlah yang harus mereka bayar...

Gerakan, MCA Tidak Akan Bergabung

KUALA LUMPUR – Perhimpunan antara kepimpinan serta ahli Gerakan dan MCA yang dijadualkan esok tidak menggambarkan permulaan penggabungan dua parti sebaliknya sebagai pengukuh hubungan antara kedua-dua parti komponen Barisan Nasional (BN) itu.

Presiden Gerakan, Datuk Seri Mah Siew Keong, berkata kedua-dua parti itu tidak akan bergabung berikutan perbezaan Perlembagaan parti.

“Gerakan adalah sebuah parti yang mewakili pelbagai kaum termasuk India, Melayu dan Orang Asli manakala MCA hanya dianggotai kaum Cina sahaja.

“Perlembagaan Gerakan tidak membenarkan kami untuk melaksanakan penggabungan itu dan kami kekal dengan ideologi ini sebagai parti pelbagai kaum,” katanya selepas taklimat prestasi perdagangan sektor komoditi bagi tempoh Januari hingga November 2017, di sini, hari ini.

Menurut Mah, perhimpunan esok akan menunjukkan semangat kesepaduan antara Gerakan dan MCA yang sebelum ini sering digambarkan seolah-olah tidak sehaluan atau berbeza pendapat.

Ini adalah pertemuan kali pertama antara Gerakan dan MCA dalam satu pentas dan ia menggambarkan semangat kami untuk saling bekerjasama demi perpaduan BN, katanya.


Gerakan dan MCA dijadualkan mengadakan perhimpunan di Dewan San Choon, Wisma MCA di sini, esok.

Perhimpunan itu kali pertama dalam sejarah BN, bakal berlangsung dalam satu ikatan yang padu serta kukuh.

Mengulas mengenai calon Gerakan bagi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), Mah berkata, pihaknya sudah menyenarai pendek 45 calon untuk Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) dan ia akan diserahkan kepada Perdana Menteri merangkap Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak, Ahad ini. – BERNAMA

Kategori