Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Kru Kapal Warga Turki...

KLANG - Seorang kru kapal MV Hamburg DW warganegara Turki maut manakala tiga...

Mawar Rashid Tak Kisah...

BARU beberapa bulan menjalin hubungan cinta dengan adik kepada Datuk Fazley Yaakob iaitu Raf...

“Saya Dah Tutup Pintu...

KUALA LUMPUR - "Itu sebab saya hendak pulang (sudah habis kerja), sebab itu...

Nicol Mara Ke Suku...

KUALA LUMPUR - Ratu skuasy negara, Datuk Nicol Ann David yang memburu gelaran...

Gerakan Cari Mangsa Kolam Lombong Dipertingkatkan

KUALA LUMPUR – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang pemancing, Johar Jeboi, 42, yang dikhuatiri lemas selepas tergelincir ke dalam sebuah kolam lombong di Kuala Kubu Bahru, kira-kira 75km dari sini, memasuki hari ketiga hari ini.

Penolong Pengarah Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Mohd Sani Harul berkata operasi SAR diperluaskan dengan kekuatan lebih 70 anggota bomba, polis, Unit Anjing Pengesan (K9), Angkatan Pertahanan Awam dan orang awam.

Pasukan SAR turut menggunakan sebuah bot serta dua anjing K9 bagi membantu operasi pencarian di laluan darat dan air hari ini, katanya ketika dihubungi Bernama.

Ahad lepas, mangsa, yang tiba di kawasan terbabit bersama empat lagi rakan untuk memancing dan menjala ikan, tergelincir ke dalam air ketika  berdiri di atas batu besar yang berada dalam kolam  terbabit semasa menebar  jala. – BERNAMA

Kategori