Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

“123456” Kekal Kata Laluan...

NEW YORK - "123456" dan "password" adalah dua kata laluan yang mudah diteka,...

Fizie Hot FM Nafi...

SEBELUM ini hangat diperkatakan mengenai penyebaran beberapa keping gambar bogel yang dipercayai menyerupai...

Ibu Tunggal Dipenjara 14...

KUANTAN - Seorang ibu tunggal dijatuhi hukuman penjara 14 tahun oleh Mahkamah Tinggi...

PM, Isteri Hadiri Majlis...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin...

Geng Samseng Turut Ditahan Dalam Op Cantas Di Johor Baharu

JOHOR BAHARU – Seramai 47 individu termasuk 26 anggota pelbagai geng samseng ditahan sepanjang lima hari Op Cantas di sekitar bandar raya ini sejak 4 Ogos lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata mereka berumur antara 16 hingga 47 tahun.

Turut ditangkap tiga warga China dan dua India kerana dikesan tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63, kata beliau dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata operasi melibatkan 29 pegawai dan 115 anggota polis bermula pukul 8 pagi pada 4 Ogos sehingga 8 pagi tadi melibatkan pemeriksaan ke atas seramai 419 orang.


“Hasil pemeriksaan itu, 47 orang ditahan termasuk 26 anggota daripada Geng 30, 08, 36, 21 dan 04 kerana didapati melakukan pelbagai kesalahan antaranya ugutan jenayah atau khianat, merusuh, curi kenderaan dan menghalang penjawat awam daripada menjalankan tugas.

“Turut dirampas peralatan seperti satu set komputer, sebuah komputer riba, seunit telefon bimbit, tiga mikrofon, dua pemain cakera padat dan lain-lain,” kata beliau. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori