Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

18 Juta Unit Ujian...

PUTRAJAYA - Sebanyak 18 juta unit kit ujian pantas (RTK) Antigen Covid-19 tersedia...

PM Ingatkan Pengurusan Covid-19...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri hari ini menjalankan tugasnya seperti biasa selepas 24...

MH370: Serpihan Perkukuh Teori...

BENTONG - Penemuan beberapa serpihan pesawat di sekitar perairan Afrika Selatan yang dipercayai...

PAC Bakal Bicara Laporan...

KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Parlimen akan mengadakan prosiding berhubung...

Kes Pecah Rumah Mewah: 4 Warga Amerika Latin Ditahan

KUALA LUMPUR – Empat lelaki warga Amerika Latin yang dipercayai terlibat dalam 10 kes pecah rumah mewah di sekitar Lembah Klang ditahan di kediaman sewa mereka di sebuah kondominium di Bukit Jalil semalam.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajuddin Md Isa berkata kesemua suspek yang berusia 28 dan 29 tahun ditahan kira-kira pukul 4 pagi dan dipercayai merupakan dalang kepada sebuah geng pecah rumah yang aktif sejak bulan lepas.

Beliau berkata kesemua suspek dipercayai memasuki negara ini pada awal bulan lepas.

“Dengan tangkapan ini, pihak polis percaya telah selesaikan 10 kes pecah rumah mewah iaitu lima kes di daerah Brickfields dan selebihnya di kawasan sekitar Lembah Klang,” katanya dalam sidang media hari ini.

Beliau berkata pihaknya turut merampas 62 barangan dengan nilai keseluruhan RM150,000 termasuk sebuah kereta mewah yang disewa geng berkenaan.


Barangan yang dirampas termasuk alat untuk memecah rumah, lapan telefon bimbit, 19 utas jam tangan, sejumlah barang kemas dan beberapa pasport milik mangsa mereka.

Tajuddin berkata pihaknya percaya kumpulan berkenaan aktif menjalankan kegiatan jenayah antara pukul 6 petang sehingga 10 malam.

Beliau berkata pihaknya sedang meneliti sama ada mereka memiliki rekod jenayah lampau dan terdapat anggota lain kumpulan itu.

Kesemua suspek kini direman. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori