Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Presiden Pafa Baharu Tukar...

IPOH - Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa) yang baharu, Hasnul Zulkarnain Abd....

Lelaki Tikam Kepala Sendiri...

LONDON - Seorang lelaki dibawa ke hospital selepas dia menikam kepalanya sendiri bertubi-tubi...

UFC Gantung McGregor Sebulan

LONDON - Conor McGregor digantung selama satu bulan oleh UFC berikutan kekalahannya kepada...

Changi Lapangan Terbang Terbaik...

 SINGAPURA – Lapangan Terbang Antarabangsa Changi di sini sekali lagi dipilih sebagai lapangan...

‘Geng Lee’ Macau Scam Dari Alor Setar Dicekup

ALOR SETAR – Satu kumpulan dikenali ‘Geng Lee’ yang dipercayai terbabit sindiket penipuan Macau Scam dicekup di sebuah kondominium di bandar raya ini yang dijadikan pusat panggilan untuk menjerat mangsa.

Mereka ditahan jam 12 tengah hari Khamis lalu oleh sepasukan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah yang menerima maklumat berhubung kegiatan mereka.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kedah, Superintendan Chan Teck Paing berkata, hasil serbuan itu, pihaknya menahan tiga lelaki tempatan dan tiga lelaki Taiwan.

Beliau berkata, daripada tangkapan itu, polis menahan seorang lagi lelaki tempatan kerana disyaki terbabit mencari akaun bank ‘keldai akaun’ untuk kegunaan sindiket ini dalam penerimaan wang hasil penipuan.

“Siasatan terhadap ketiga-tiga warga Taiwan yang berusia 20 hingga 26 tahun itu mendapati mereka baru memasuki negara ini dan ketiga-tiga mereka mempunyai dokumen perjalanan diri.

“Kita percaya mereka masuk ke negara ini semata-mata mencari mangsa untuk melakukan penipuan sindiket itu bagi mengaut keuntungan,” katanya di IPK Kedah di sini, semalam.


Chan berkata, empat lelaki tempatan yang berusia antara 23 hingga 37 tahun itu pula dipercayai menyediakan rumah di kondominium berkenaan sebagai pusat panggilan untuk melakukan kegiatan penipuan Macau Scam dan penipuan tidak wujud.

Beliau berkata, daripada lelaki yang ditahan itu, seorang daripadanya ejen menjual serbuk kopi, manakala selebihnya berniaga sendiri dan menjadikan kegiatan penipuan itu untuk mendapatkan wang dengan jalan mudah. – myMetro Online

Kategori