Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Rehda Optimis Prospek Sektor...

KUALA LUMPUR - Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (Rehda) optimis terhadap prospek...

PRU15: Ambil Iktibar PRN...

KUALA LUMPUR - “Ambil iktibar atas apa yang berlaku daripada Pilihan Raya Negeri...

Najib Tekad Teruskan Perjuangan...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau akan meneruskan perjuangan...

Quzandria Nur, Qabil Ambak...

KUALA LUMPUR - Jaguh ekuestrian negara Quzandria Nur Mahamad Fathil dan abangnya Mohd...

Geng Awang Pontian Curi Motosikal Tumpas

ROMPIN – Polis berjaya menumpaskan Geng Awang Pontian yang aktif dalam kegiatan mencuri motosikal di sekitar Kuala Rompin di sini susulan penangkapan kesemua lapan anggotanya termasuk ketua mereka pada pertengahan bulan lalu.

Ketua Polis Daerah Rompin DSP Azli Mohd Noor berkata kesemua mereka yang berusia antara 19 dan 31 tahun itu adalah warga tempatan dan ditangkap dalam Op Lejang, dipercayai aktif melakukan kegiatan tersebut sejak April lalu.

“Semua suspek ditahan secara berasingan antara 16 hingga 19 Jun di beberapa lokasi di sekitar daerah ini manakala suspek berusia 24 tahun yang dipercayai ketua kumpulan itu ditahan di Kota Tinggi, Johor,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Rompin di sini, hari ini.

Azli berkata kumpulan itu menyasarkan motosikal jenis Honda EX5 serta motosikal yang tiada kunci tambahan dan kegiatan mereka dikesan pada 16 Jun oleh dua anggota Unit Kereta Peronda (MPV) yang melihat dua suspek dalam keadaan mencurigakan.

Katanya dua suspek itu melarikan diri daripada pemeriksaan polis dengan meninggalkan motosikal yang dinaiki dan semakan polis mendapati motosikal tersebut menggunakan nombor pendaftaran palsu dan dilaporkan hilang.

Susulan itu, polis membuat serbuan di sebuah rumah di Kampung Parit Raja, Pontian di sini yang membawa kepada penahanan tiga suspek yang kemudiannya membolehkan kesemua anggota kumpulan terbabit ditangkap.


“Siasatan awal mendapati suspek terlibat dalam kegiatan mencuri lapan buah motosikal selain turut merampas motosikal yang dipasang komponen curi serta alat yang digunakan untuk mencuri dan meleraikan motosikal.

“Dengan tertangkapnya semua suspek, polis percaya telah menyelesaikan lapan kes kecurian sejak April lalu melibatkan kerugian RM35,000, manakala nilai rampasan yang terlibat dalam kes ini ialah sebayak RM20,000,” katanya.

Beliau berkata kesemua suspek juga didapati positif dadah dan wang hasil jualan motosikal curi itu dipercayai digunakan untuk membeli dadah.

Kesemua suspek kini ditahan reman selama dua minggu daripada tarikh tangkap bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 397A Kanun Keseksaan iaitu mencuri kenderaan bermotor dan Seksyen 411 kanun yang sama kerana memiliki motosikal curi. – BERNAMA

Kategori