Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

‘Saya Tak Reti Masak,...

REMAJA perempuan Malaysia masa kini nampaknya sudah menyimpang jauh dari adat-adat ketimuran dan hilang nilai-nilai...

Kelambu Cegah Jangkitan Malaria...

LONDON - Sekumpulan ahli sains berjaya mencipta sejenis kelambu yang mampu menghalang serangan...

“Saya Akan Minta Maaf...

EKORAN kes saman yang dikenakan kepadanya oleh Persatuan Seniman Malaysia, Nick Mikhail sekali...

Warga Australia Dapat Cahaya...

PASANGAN suami isteri warga Australia dikurniakan sinar baharu dalam hidup mereka setelah kehilangan...

Gempa Terbaharu Nepal, 48 Maut Lebih 1,100 Cedera

KATHMANDU – Nepal yang dilanda satu lagi gempa baharu sekuat 7.3 pada skala Richter semalam; hanya menyebabkan 48 terkorban, sementara lebih 1,100 cedera manakala banyak bangunan musnah.

Gempa kali kedua itu; selepas yang terburuk pada akhir bulan lalu, dikesan berlaku di kawasan pendalaman terpencil, iaitu terletak antara ibu kota Kathmandu dengan Gunung Everest di timur Nepal.

Gegarannya turut dirasakan di bahagian utara India, termasuk ibu kota New Delhi, serta di wilayah Tibet, China. Di utara India, gempa tersebut berjaya meragut 17 nyawa, dan di Tibet pula, seorang maut.

Agensi kajian geologi Amerika Syarikat (USGS) melaporkan, gempa tersebut berpusat dekat kem pangkalan atau base camp di kaki Gunung Everest sekitar 70 kilometer ke barat bandar kecil, Namche Bazar.


Gegaran sekuat 6.3 pada skala Richter direkodkan melanda Nepal sekitar setengah jam kemudian, diikuti dengan lebih banyak lagi gempa susulan, menurut USGS.

Gempa baharu itu berlaku hanya selang dua minggu setelah gempa sekuat 7.8 pada skala Richter menggegarkan negara Himalaya itu pada 25 April serta mengorbankan lebih 8,000 penduduk, dan 17,800 yang lain cedera.

Semasa gempa dua minggu lalu itu juga, sekitar 18 orang pendaki gunung Everest turut terkorban sekali gus menjadi gempa terburuk dalam sejarah Nepal sejak 80 tahun. – Agensi/H.A.AMREE

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori