KUALA LUMPUR – Gempa bumi sederhana berukuran 5.5 pada skala Richter, berlaku di Mindanao, Filipina pada 9.14 malam ini, menurut Jabatan Meteorologi dalam kenyaan di sini.
Ia berkata bahawa gempa bumi tersebut berpusat 67km ke tenggara Surigao City, Filipina dan 984km ke timur laut Kinabatangan, Sabah.
Gempa bumi itu bagaimanapun tidak menimbulkan ancaman tsunami, kata jabatan tersebut. – BERNAMA