Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

COVID-19: Kematian Di Malaysia...

KUALA LUMPUR - Kadar kematian berkaitan jangkitan COVID-19 di Malaysia masih pada tahap rendah...

10 Daripada 16 Mayat...

SEPANG - Sebanyak 10 daripada 16 mangsa rakyat Malaysia yang disahkan identitinya dalam...

“Populariti Ini Menakutkan Saya”...

SIAPA sangka hanya dengan sebuah drama, nama Syafiq Kyle semakin meniti di bibir...

STR Fasa 1 Dibayar...

KUALA LUMPUR : Bayaran maksimum isi rumah bagi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024...

Gempa: Polis Hargai Peranan Media Salur Laporan Operasi SAR

KUNDASANG – Ketua Polis Daerah Ranau DSP Mohd Farhan Lee Abdullah menghargai sumbangan media dalam menyalurkan laporan mengenai operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa gempa bumi Gunung Kinabalu.

Katanya media memainkan peranan menyalurkan maklumat kepada dunia luar mengenai kejadian gempa bumi di daerah ini dan mangsa yang terlibat.

“Maklumat disalurkan media dapat membantu usaha membantu mengecam mangsa oleh anggota keluarga terlibat,” katanya pada sidang media di Pusat Gerakan Operasi Bencana Gempa Bumi di Taman Kinabalu di sini, hari ini.

Pada sidang media di Kota Kinabalu hari ini, Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jalaluddin Abdul Rahman mengumumkan Op Gempa iaitu operasi SAR mangsa gempa bumi Gunung Kinabalu dihentikan.

Operasi tersebut dihentikan pada 12.30 tengah hari tadi, bagaimanapun pusat operasi akan dibuka semula sekiranya diperlukan.

Mohd Farhan berkata pihaknya mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam operasi SAR itu.

“Semua mereka menjalankan tugas menyelamat walaupun keadaan tidak menentu termasuk ketika gegaran gempa bumi berlaku,” katanya.


Beliau juga berkata sehingga pagi tadi, terdapat 56 gegaran susulan gempa bumi direkodkan selepas gegaran pertama berlaku.

Menurutnya setiap hari berlaku gegaran susulan.

Sehubungan itu, beliau berkata pihaknya akan sentiasa memantau gegaran susulan tersebut.

Jumlah kematian akibat gempa bumi di Gunung Kinabalu berjumlah 18 orang terdiri enam rakyat Malaysia iaitu empat malim gunung dan dua pendaki, Singapura (10), Jepun dan China masing-masing satu. – BERNAMA

 

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori