Gempa Bumi Sederhana Landa Mindanao

KUALA LUMPUR – Satu gempa bumi sederhana berukuran 5.5 pada skala Richter berlaku di Mindanao, Filipina pada 8.08 pagi ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan berkata pusat gempa itu adalah 22 kilometer di selatan Surigao City, Filipina dan 921 kilometer timur laut Kinabatangan, Sabah.

Gempa bumi itu tidak membawa ancaman tsunami, kata kenyataan itu lagi. – BERNAMA