Gempa Bumi Sederhana Di Selat Sunda

KUALA LUMPUR – Satu gempa bumi sederhana berukuran 5.0 pada skala Richter berlaku di Selat Sunda, Indonesia pukul malam tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) melalui satu kenyataan memberitahu, kejadian gempa bumi itu berlaku pada pukul 10.39 malam.

“Pusat gempa kuat ini terletak 151 kilometer (km) arah barat daya dari Bandar Lampung di Indonesia dan 839km tenggara Johor Bahru, Johor,” kata kenyataan itu hari ini.

Bagaimanapun, kata kenyataan itu, gempa bumi terbabit tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia.

Tambah kenyataan itu, JMM akan memantau perkembangan tersebut dan akan memaklumkan situasi semasa.

JMM turut memaklumkan satu gempa bumi berukuran 5.1 pada skala Richter melanda Wilayah Hindu Kush, Afghanistan pukul 6.49 pagi ini.

“Pusat gempa kuat ini terletak 53 kilometer (km) arah utara Taloqan dan 4,527km barat laut Padang, Perlis,” kata kenyataan itu.