Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Kerajaan PH Akan Teruskan...

KUALA LUMPUR — Tidak semua projek yang dibangunkan di negara ini akan dibatalkan,...

Kualiti Udara Pulih, Hanya...

KUALA LUMPUR - Keadaan kualiti udara negara yang dilanda jerebu hampir pulih apabila...

Taman Tema Air Akan...

PADANG BESAR - Sebuah taman tema air akan dibina di kawasan seluas empat...

KWSP Tiada Rancangan Jual...

KAJANG – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tidak ada rancangan untuk menjual 49...

Gempa Bumi Kuat Gegar Colombia

BOGOTA – Gempa bumi kuat berukuran 6.2 magnitud menggegar timur laut Colombia hari ini dan dirasai sehingga di sini dan menyebabkan beberapa bangunan terpaksa dikosongkan.

Tiada laporan mengenai mangsa atau kerosakan besar. Bagaimanapun, nahas kenderaan dilaporkan di Bogota dan media tempatan di Bucaramanga berkata, bandar raya wilayah itu mengalami “kerosakan struktur” selepas gempa berkenaan.

“Lampu isyarat mula beralun seperti bendera,” kata pemandu teksi Bogota, Luis Aponte.

Gempa bumi pada kira-kira jam 3.55 petang (waktu tempatan) itu berlaku di Santander, wilayah yang kerap berlaku aktiviti gelombang seismos.

Agensi Penyelidikan Geologi Amerika Syarikat (USGS) berkata, gempa bumi itu mencatat kedalaman 147 kilometer dengan berpusat dekat bandar Arotoca, kira-kira 270 kilometer dari Bogota.

Sehubungan itu, Pusat Geologi Colombia mencatat bacaan 6.6 magnitud dan kedalaman 161 kilometer.


“Buat masa ini tiada sebarang kecederaan akibat daripada gempa bumi ini di mana-mana tempat di negara ini. Kami tetap berjaga-jaga,” kata Presiden, Juan Manuel Santos menerusi Twitter.

Selain itu, pegawai penerbangan berkata, pergerakan kapal terbang terganggu di lapangan terbang di tengah bandar Manizales kerana debu gunung berapi yang dilepaskan oleh aktiviti seismos.

Bagaimanapun, lapangan terbang lain di negara itu beroperasi seperti biasa.

Sementara itu, Datuk Bandar Bogota, Gustavo Petro berkata, beberapa bangunan di ibu negara itu mengalami sedikit kerosakan tetapi “tiada yang cedera.”

Gegaran turut dirasai sehingga di negara jiran, Venezuela. – AFP

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori