Gempa Bumi 5.2 Skala Ritcher Landa Jawa, Indonesia

KUALA LUMPUR – Gempa bumi sederhana berukuran 5.2 pada skala Richter melanda Jawa, Indonesia pada pukul 7.41 pagi ini.

Jabatan Meteorologi dalam kenyataan hari ini berkata, gempa dengan kedalaman 20 kilometer (km) itu dilaporkan di 140km selatan dari Cilegon, Indonesia.

Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia setakat ini, menurut kenyataan itu. – BERNAMA