Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Maklum Balas Agihan BR1M...

KANGAR - Maklum balas dan pandangan orang ramai khususnya penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia...

Cuti-Cuti 1Malaysia ‘Dekat Je’...

PUTRAJAYA - Seramai 60 peserta industri pelancongan termasuk agensi pelancongan, hotel dan pengusaha...

PN Mungkin Gagal Pertahan...

JOHOR BAHRU : Perikatan Nasional (PN) dijangka tidak dapat mempertahankan kerusi yang dimenangi...

Piala Sudirman: Malaysia Singkir...

KUALA LUMPUR – Skuad badminton kebangsaan mencapai sasaran mara ke separuh akhir pada...

Gempa 4.1 Skala Ritcher Gegar Bandung, Indonesia

JAKARTA – Gempa bumi bermagnitud 4.1 pada Skala Richter menggegarkan tenggara Bandung, Jawa Barat tengah hari ini.

Gempa berpusat di 17 kilometer (km) Tenggara Kabupaten Bandung, Jawa Barat itu berlaku pada pukul 1.08 minit waktu Indonesia Barat.

Menurut Badan Meteorologi, Klimatologi, dan Geofisika (BMKG), gegaran gempa itu dirasai di daerah Bojongsoang dan Banjaran Kabupaten Bandung .

Tiada ancaman tsunami dikeluarkan.

Tiada laporan kerosakan dan kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini.


Sementara itu, Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta dalam satu kenyataan berkata, pelajar-pelajar Malaysia di Bandung dilaporkan selamat dan tidak terjejas dengan kejadian itu.

“Kedutaan akan terus memantau situasi ini. Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular sila hubungi talian +62215224947,” kata kenyataan itu. – BERNAMA

Kategori