Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Rawatan Rapi Terhadap Lelaki...

SIBU - Lelaki obesiti berusia 33 tahun yang memerlukan bantuan sebuah lori untuk...

Malu ‘Kantoi’ Latih Nyanyi,...

GARA-gara malu 'terkantoi' sedang berlatih vokal, Liza Hanim memberitahu bahawa dia pernah disekat...

Donna Mandi Buat Kali...

SEORANG wanita akhirnya mandi buat kali pertama dalam masa 30 tahun selepas berjaya mengatasi...

Bela Harimau Untuk Takutkan...

POKOK SENA - Setiap pengunjung yang datang ke rumah Azizah Saad, 52, di...

Gejala Dadah Semakin Menular Ke Pedalaman Sarawak

KUCHING – Pekan Belaga, kira-kira 150km dari bandar minyak Bintulu sedang berhadapan dengan masalah penyalahgunaan dadah yang memerlukan pihak berkuasa menggiatkan tindakan-tindakan penguatkuasaan di pekan pedalaman itu.

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Belaga, Liwan Lagang berkata masalah penyalahgunaan dadah perlu dibendung dengan segera agar ia tidak menular lebih teruk di kawasan-kawasan pedalaman seperti mana yang berlaku di daerah Belaga ketika ini.

“Pihak berkuasa perlu menggiatkan tugas-tugas penguatkuasaan dalam usaha menggempur gejala penyalahgunaan dadah, dan melancarkan operasi membanteras pengedar serta penagih dadah di kawasan pedalaman,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Penerangan Sarawak, di sini hari ini.

Beliau dipetik berkata demikian semasa berucap merasmikan majlis Connecting The Unconnected di Uma Sambop, Belaga, anjuran Jabatan Penerangan Malaysia Sarawak, semalam.


Dalam ucapannya Liwan yang juga Menteri Muda Kebudayaan dan Warisan Sarawak turut menyentuh masalah berkaitan perhubungan telefon serta internet di Sarawak dan memohon agar Kementerian Komunikasi dan Multimedia meningkatkan usaha membekalkan kemudahan itu terutama di kawasan pedalaman negeri.

Majlis itu menyaksikan rombongan 47 orang yang terdiri daripada pegawai-pegawai kanan dan kakitangan Jabatan Penerangan Malaysia Putrajaya dan Sarawak yang diketuai oleh Timbalan Ketua Pengarah Penerangan Malaysia Datuk Jamilah Mohd Shahid membuat lawatan dan melaksanakan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan di kawasan pedalaman itu. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori