Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

176 Bahagian Pemuda UMNO...

Sebanyak 176 bahagian-bahagian pemuda Umno menggesa supaya pemilihan parti diadakan selepas pilihan raya...

Samirah, Dua Anak Bebas,...

Mahkamah Tinggi di Shah Alam hari ini melepas dan membebaskan Samirah Muzaffar dan...

Hasrat Pesakit Kanser Untuk...

HASRAT seorang pelajar perempuan dari Houston, Amerika Syarikat (AS); penghidap sakit kanser yang...

Isu Air: Kerajaan Selangor...

PUTRAJAYA - Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor Tan Sri Noh Omar membidas kerajaan...

Tesco Akan Jual Buah-Buahan Musim Panas Australia

KUALA LUMPUR – Peruncit Tesco Store (M) Sdn Bhd bekerjasama dengan negeri Victoria di Australia untuk membekalkan buah-buahan musim panas dari lewat Februari hingga Mei bagi menampung peningkatan permintaan dari Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif Tesco Malaysia, Paul Ritchie berkata buah-buahan musim panas seperti ceri, pic, aprikot, nektarin dan plum akan dijual di semua pasar raya Tesco di seluruh negara.

“Tesco komited untuk membawakan kepada pelanggan kami hanya yang terbaik dari seluruh dunia dan kami melakukan lawatan pasar dengan kerap bagi memastikan kami menyediakan pilihan terbaik pada harga terbaik bagi rakyat Malaysia.

“Dengan pelanggan kami mencari produk buah-buahan yang lebih berkualiti dan bernutrisi, kami sentiasa memperbanyak pilihan produk kami, dengan harga rendah bagi rakyat Malaysia,” katanya pada majlis pelancaran kempen ‘Taste Australia’ yang menampilkan buah-buahan musim panas Australia, di sini, hari ini.

Beliau berkata Australia mempunyai reputasi baik bagi produk berkualiti tinggi dengan langkah-langkah keselamatan makanan yang ketat dalam seluruh rantaian bekalannya.


“Pelanggan boleh mendapatkan promosi istimewa di semua pasar raya Tesco,” katanya. – BERNAMA

Kategori