Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

30 Maut Bas Sekolah...

SEKURANG-KURANG 30 orang termasuk 27 kanak-kanak maut hari ini di utara India apabila...

SC Pelawa Permohonan Dana...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Sekuriti (SC) hari ini mempelawa syarikat-syarikat pengurusan modal teroka...

Terpadamkah Sudah Obor Keadilan...

SABTU lalu, media melaporkan kes pembunuhan Ahli Bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim ditutup...

Patuhi Langkah Keselamatan Di...

PETALING JAYA - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan bakal jemaah...

Gedung Pakaian Menipu Harga Diskaun Didenda RM1,000

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Kedah tidak teragak-agak mengenakan denda jika terdapat mana-mana pusat pakaian melakukan penipuan harga.

Menerusi ‘Ops Bongkar’ yang sedang dijalankan satu kompaun berjumlah RM1,000 telah dikeluarkan terhadap sebuah gedung pakaian mewah di Alor Setar, hari ini.

Menurut laporan mStar Online, Timbalan Ketua Penguat Kuasa KPDNKK Kedah Ridzuan Mat Isa berkata kompaun itu dikeluarkan ekoran dua kesalahan yang dilakukan gedung pakaian tersebut iaitu penipuan harga dan menggunakan alat pengukur yang tamat tempoh.

“Hasil tinjauan yang dijalankan pegawai KPDNKK mendapati gedung pakaian ini telah menawarkan harga palsu. Penipuan yang dilakukan ialah dengan meninggikan harga pakaian yang ditawarkan sebelum membuat potongan diskaun yang mencecah sehingga 90 peratus.

Kita telah cuba dapatkan rekod sebelum harga jualan murah bagi tempoh sebulan yang lepas tetapi mereka gagal untuk menunjukkan bukti dan hasil siasatan kita juga mendapati harga yang dipamerkan ini adalah harga empat tahun lepas,” katanya kepada pemberita di sini.


Susulan itu, gedung pakaian tersebut diberi amaran supaya menurunkan kembali harga yang dijual dalam tempoh sehari dan jika gagal mematuhi arahan tindakan bakal diambil.

“Pemilik gedung pakaian itu mengaku bersalah dan telah membayar kompaun berjumlah RM1,000 bagi dua kesalahan yang telah dilakukan. Selain kompaun, kita turut merampas enam gelung kain yang bernilai RM1,000 sebagai bahan bukti selain alat pengukur yang sudah tamat tempoh.

“Kes disiasat di bawah kesalahan Peraturan-peraturan Perihal Dagangan (Harga Jualan Murah) (Pindaan 2010) dan Akta Perihal Dagangan 2011,” kata Ridzuan.

Ops Bongkar yang dijalankan ini telah bermula sejak semalam dan akan diteruskan hingga 4 Jan tahun depan bagi mengesan mana-mana peniaga yang berani melakukan penipuan dan kesalahan berkaitan dengan jualan murah. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori