Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Misi Pertahan Emas Skuad...

KUALA LUMPUR - Skuad bola keranjang wanita akan menyertai beberapa perlawanan jemputan di...

Sesi Sekolah Tangguh Hingga...

KUALA LUMPUR - Sesi persekolahan akan ditangguhkan sehingga negara benar-benar pulih daripada wabak...

Wan Azizah Cabar Tun...

GEORGE TOWN - Ini betul-betul 'makan dalam'. Kini baharulah nampak sangat nilai bekas...

UIM Tubuh Pusat Bagi...

CYBERJAYA - Universiti Islam Malaysia (UIM) mewujudkan Pusat bagi Pengajian Wanita bagi memenuhi...

Gazidis Bakal Tinggalkan Arsenal, Sertai AC Milan

KETUA Eksekutif Arsenal, Ivan Gazidis bakal menjadi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu AC Milan.

Syarikat pelaburan Amerika Syarikat (AS) Elliott Management kini memuktamadkan pengambilan alihan kelab gergasi Itali itu selepas bekas pemiliknya, Li Yonghong gagal membayar semula bebanan hutang bernilai 28 juta pound sterling.

Gianluca Di Marzio dan Sky Italia melaporkan selepas mesyuarat di London pada Isnin, CEO Roma, Umberto Gandini juga akan menyertai semula AC Milan sebagai pengurus besar baharu.

Gandini menghabiskan masa selama 23 tahun bersama AC Milan sebelum berhijrah ke Roma pada 2016.

Leonardo juga dijangka kembali ke AC Milan sebagai pengarah teknikal baharu kelab itu.


Sementara itu, Gazidis kini berada di Singapura bersama Arsenal untuk jelajah pra musim pasukan itu.

Gazidis, 53, menjadi ketua eksekutif Arsenal hampir 10 tahun dan memainkan peranan utama dalam pelantikan Unai Emery sebagai pengganti Arsene Wenger.

Gazidis turut mempunyai hubungan rapat dengan Sven Mislintat dan Raul Sanllehi dalam urusan pembelian pemain baharu dan juga rundingan kontrak. – mStar Online

Kategori