Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Kes Demam Denggi Meningkat...

SUNGAI PETANI - Sebanyak 513 kes demam denggi dicatatkan di seluruh negeri ini...

Lelaki Halang Tugas Penjawat...

SEREMBAN - Seorang pengurus syarikat dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini...

Pengarah Urusan Kumpulan BDB...

ALOR SETAR – Pengarah Urusan Kumpulan Bina Darulaman Berhad (BDB) Datuk Izham Yusoff,...

“Apa Kata Zuraida? Ampang...

1. Negara kita, Malaysia sudah terkenal di seluruh dunia pada tahun 2018 sebagai...

Gay, Penagih Dadah Dipantau Untuk Negara Bebas HIV

PUTRAJAYA – Demi mencapai taraf negara bebas HIV/Aids menjelang 2030, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah merancang untuk mengadakan program pengurangan mendadak dan penjagaan yang ditujukan buat kumpulan berisiko tinggi.

Daripada kajian dan penyelidikan, terdapat empat kumpulan berisiko tinggi menghidap penyakit itu yang mana antara penyumbang utamanya terdiri daripada kalangan penagih dadah dan mereka yang mengamalkan hubungan seks sejenis lelaki dengan lelaki (gay).

Kedua-dua golongan itu menyumbang angka sama iaitu 170,000 orang yang berisiko tinggi mendapat penyakit tersebut.

Sementara dua lagi golongan yang berisiko tinggi ialah pekerja seks wanita seramai 40,000 orang dan transgender sejumlah 20,000 orang.

Golongan sasaran ini akan didekati bagi memberikan kaunseling dan pemantauan agar mereka berterusan melakukan ujian saringan HIV bagi mengelak penularan penyakit tersebut.

Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam, bagi meningkatkan liputan rawatan, KKM telah memperluaskan pusat untuk ujian saringan HIV di dalam komuniti.


“Sebanyak 20 pusat ujian saringan HIV dalam komuniti akan dilaksanakan dalam tahun ini.

“Kerajaan juga bekerjasama sepenuhnya dengan Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO) yang diterajui oleh Majlis Aids Malaysia dalam menangani isu HIV. NGO ini akan membantu di dalam liputan pengurangan mudarat, kaunseling dan sokongan moral kepada pesakit HIV,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Sehingga kini Malaysia telah mencapai penurunan kes baharu HIV mengikut target yang ditetapkan iaitu menjelang akhir 2015, penurunan dicatatkan sebanyak 10.9 daripada 100,000 penduduk berbanding tahun 2000 yang menunjukkan angka kes HIV sebanyak 21.7 daripada 100,000 penduduk. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori