Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Langgan Pelacur Dan Pesta...

Penulis agak terperanjat apabila menerima satu print screen perbualan sebuah kumpulan yang dipercayai...

“Selamat Hari Polis, Saya...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengucapkan...

Masukkan Anak Dalam Peti...

Kegilaan apakah ini? Seorang bapa yang meninggalkan bayi perempuannya yang berusia enam bulan...

Mufti Perlis Buat Laporan...

KANGAR - Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin membuat laporan polis...

Gavin, Siti Safiyah Olahragawan Dan Olahragawati S’gor

SHAH ALAM – Pemain golf, Gavin Kyle Green dan atlet tenpin boling, Siti Safiyah Amirah Abdul Rahman dinobatkan sebagai Olahragawan dan Olahragawati Selangor pada Majlis Anugerah Sukan Selangor 2017 di sini, malam ini.

Kejayaan kedua-dua atlet itu menyaksikan mereka membawa pulang wang tunai, masing-masing RM10,000.

Anugerah berkenaan disampaikan Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Pada majlis itu, atlet gimrama, Amy Kwan Dict Weng dan atlet boling padang, Emma Firyana Saroji menerima insentif atas kejayaan meraih pingat emas pada Sukan Komanwel 2018 di Australia, baru-baru ini.

Amy Kwan menerima insentif wang tunai RM24,000 atas kejayaan merangkul satu pingat emas dan satu perak bagi acara riben individu dan berpasukan.olah

Beliau turut meraih dua pingat gangsa dalam acara gegelung individu serta acara keseluruhan dalam temasya sukan berkenaan.

Sementara, Emma Firyana yang memenangi pingat emas dalam acara berpasangan wanita membawa pulang wang tunai RM6,000.

Seramai 28 atlet Selangor menyertai Sukan Komanwel 2018.


Pada majlis tersebut juga, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin dalam perutusan khas baginda mengucapkan tahniah kepada kedua-dua atlet atas kejayaan berkenaan.

Perutusan khas itu dibacakan exco kerajaan Selangor, Amiruddin Shaari.

Baginda menzahirkan rasa bangga dengan kejayaan kedua-dua atlet dari Selangor itu kerana pencapaian mereka mengharumkan nama negeri dan negara.Olahraga, aat

Sultan Sharafuddin turut mengharapkan lebih ramai atlet dari Selangor terus berusaha mencapai kejayaan lebih cemerlang. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • atlet

Kategori