Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Shila Amzah ‘Digam’ Pihak...

BELUM pun surut konflik Shila Amzah dengan beberapa wartawan hiburan tempatan, timbul pula...

Rakyat M’sia Mangsa Kemalangan...

KUALA LUMPUR - Lima rakyat Malaysia yang cedera selepas dua belon udara panas...

Rahman Dahlan Jemput Sheila,...

KUALA LUMPUR- Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan telah menjemput Ratu Jazz negara Sheila...

Trilogi Terakhir The Hobbit,...

Bermula tengah malam Rabu, panggung wayang seluruh dunia akan mula diserbu peminat yang tak sabar mahu...

Gavin Kyle Intai Slot No.1 Ranking Jelajah ADT

KUALA LUMPUR – Pemain golf negara, Gavin Kyle Green mengintai slot nombor satu dalam senarai ‘Order of Merit’ Jelajah Pembangunan Asia (ADT) apabila bersaing pada Kejohanan ADT Yayasan Thongchai Jaidee, Khamis ini.

Kejohanan penutup musim Jelajah ADT di Black Mountain Golf Club di Hua Hin, Thailand, itu menyaksikan Gavin mengekori pendahulu ranking, Johanness Veerman dengan ketinggalan US$5,194 (RM23,182).

Veerman, pemain dari Amerka Syarikat itu, mengungguli ranking Jelajah ADT dengan mengumpul jumlah pendapatan US$58,662 (RM261,824) daripada 15 kejohanan ADT musim ini.

Bagaimanapun, Veerman tidak akan beraksi di Thailand minggu ini, sekali gus mencerahkan peluang Gavin untuk merangkul status nombor satu jika mampu menamatkan saingan dalam kelompok empat terbaik pada kejohanan yang menawarkan hadiah wang tunai Baht 4 juta (RM501, 201).

Menurut laman web rasmi Jelajah ADT, www.asiandevelopmenttour.com, Green, yang menjuarai dua kejohanan ADT dan dua gelaran naib juara dalam 17 penampilan musim ini, akan menghadapi cabaran daripada juara bertahan, Kiradech Aphibarnrat dari Thailand.

Selain, Kiradech, pemain Amerika Syarikat, John Catlin dan pemain Thailand, Itthipat Buratanayarat, dijangka bakal memberi saingan pada kejohanan tersebut.


“Ini adalah minggu yang baik untuk merangkul kedudukan pertama dalam Order of Merit namun pada masa sama ia juga adalah minggu yang sukar dengan kehadiran barisan pemain handalan,” kata Green.

Pemain Sukan Olimpik Rio 2016 berusia 22 tahun itu, bagaimanapun, berkata beliau akan berjuang untuk slot nombor satu dalam ranking Jelajah ADT bagi mendapatkan kelebihan tambahan untuk musim Jelajah Asia 2017.

Lima pemain teratas dalam ranking Jelajah ADT akan menerima pengecualian untuk beraksi pada kejohanan siri Jelajah Asia untuk tahun depan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori