Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Beri Sokongan Berterusan Kepada...

SIBU - Penduduk Sarawak digesa supaya memberi sokongan berterusan kepada Ketua Menteri Tan...

‘Senario’ Belum Berkubur –...

PETALING JAYA - Pelawak dan pelakon Lan Pet Pet menjelaskan, kumpulan Senario tidak...

PAN Umum Calon PRK...

SHAH ALAM - Parti Amanah Negara (PAN) akan mengumumkan calon parti itu bagi...

Lagi Bank Di Sungai...

SUNGAI PETANI - Sebuah bank di sini terpaksa dikosongkan selepas kakitangannya menerima panggilan...

Garuda Baham Harimau Malaysia

SOLO – Dua gol pantas Indonesia di awal permainan sudah cukup meleburkan cabaran Malaysia sebelum tuan rumah melengkapkan gol ketiga pada pertengahan babak pertama untuk menang 3-0 dalam aksi persahabatan di Stadium Manahan di sini, malam Selasa.

Biarpun tuan rumah sudah setahun tidak beraksi dalam perlawanan antarabangsa akibat penggantungan, skuad Garuda jelas bagai pasukan yang lapar sehingga mudah membaham pasukan bimbingan Datuk Ong Kim Swee.

Laluan pasukan negara mula nampak sukar seawal minit keenam apabila ketua pasukan Boas Salossa membuka jaringan apabila pertahanan Malaysia gagal mengawal pergerakannya dari garisan tengah.

Belumpun reda sorakan penonton, kelalaian pertahanan skuad Harimau Malaysia sekali lagi dihukum empat minit kemudian, kali ini menerusi jaringan penyerang Irfan Haarys Bachdim.

Segala kebangkitan yang diharapkan skuad negara menjadi semakin pudar apabila pergerakan pantas pasukan Indonesia memaksa pemain negara berkampung di kawasan sendiri.


Akhirnya Boas sekali lagi menjadi pemusnah apabila bertindak pantas membawa bola secara solo dalam kotak penalti dan menghasilkan gol ketiga untuk Indonesia pada minit ke-21.

Babak kedua menyaksikan perubahan pada pasukan Malaysia dengan mula menguasai permainan dan melancarkan serangan demi serangan, namun kekentalan pertahanan Indonesia berjaya menyekat serangan pelawat.

Indonesia yang tampil lebih defensif berjaya mengekalkan kedudukan 3-0 sehingga tamat permainan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori