Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Guru Dipenjara 2 Tahun...

KOTA BAHARU - Gara-gara menyebar gambar dan memiliki filem lucah, seorang guru di...

Terengganu Anjur Semula Perkahwinan...

KUALA TERENGGANU: Selepas dua tahun terhenti akibat pandemik COVID-19, kerajaan Terengganu akan menganjurkan...

Bekas Pelawak Senario Ditahan...

KUALA LUMPUR - Bekas pelawak kumpulan Senario ditahan selepas positif ganja di sebuah...

Dua Tahun Cicir Sekolah...

BELURAN - Pernah tercicir dua tahun sesi persekolahan hingga menyebabkan gagal menduduki Ujian...

Garis Panduan Tugasan Sejarah PT3 Akan Diperkemas – KPM

PUTRAJAYA – Lembaga Peperiksaan (LP) akan memperkemaskan lagi bentuk penerangan dan garis panduan tugasan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) bagi subjek Sejarah tahun 2016, demikian menurut kenyataan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini, LP dan KPM mengambil perhatian serius dan mengakui telah berlakunya kesesakan kepada murid-murid dalam menyelesaikan kerja lapangan Sejarah PT3.

“LP menerima baik serta merakamkan ucapan terima kasih atas pandangan semua pihak bagi meningkatkan keberkesanan pelaksanaan tugasan pentaksiran termasuk tugasan Pelbagai Instrumen Sejarah PT3 tahun 2016,” kata kenyataan itu lagi.

Arahan yang dikeluarkan sebelum ini mewajibkan pelajar di sekitar ibu negara yang melaksanakan Tugasan PT3 bagi subjek Sejarah untuk mendapatkan tandatangan di Jabatan Warisan Negara.


Ekoran arahan itu Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Prof Madya Datuk Dr Mohamad Ali Hassan dilaporkan mendakwa arahan sedemikian tidak praktikal dan mungkin menyusahkan segelintir ibu bapa untuk menghantar anak mereka ke jabatan itu.

Mohamad Ali berkata kaedah mendapatkan tandatangan itu bukan satu keperluan utama untuk kerja kursus memandangkan banyak lagi kaedah lain yang lebih sesuai untuk membantu mereka. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori