Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

UMNO Tak Bergantung Kepada...

JELI - UMNO mempunyai kekuatan tersendiri dan tidak perlu 'menangguk di air keruh'...

Wajah Firaun Amenhotep I

KAHERAH: Mesir secara digital 'mendedahkan' wajah mumia Firaun Amenhotep I, kali pertama, sejak...

Isu Kuil: Ada Menteri...

KESAL... Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan menteri Kabinet Pakatan Harapan (PH)...

742 Sekolah Selangor Terima...

SHAH ALAM : Kerajaan Selangor sudah mengagihkan sejumlah RM25.8 juta kepada 742 sekolah...

Garis Panduan Berkonvoi Yang Lebih Jelas Akan Diusahakan

KUALA LUMPUR – Kementerian Pengangkutan akan berusaha mengadakan garis panduan yang lebih jelas berkaitan aktiviti berkonvoi menggunakan kenderaan.

Timbalan Menterinya Datuk Kamarudin Jaffar berkata dengan semangat menyambut pelbagai perayaan atau program yang diadakan, garis panduan itu dilihat perlu bagi memastikan keselamatan peserta konvoi.

“Sudah tentu kita akan usahakan garis panduan itu dan saya yakin, kementerian telah tentukan garis panduan ini namun kita akan usahakan agar ia lebih baik, ” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media di Program Pelepasan Konvoi Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) 2018 Jabatan Penerangan peringkat Wilayah Persekutuan di Terminal Bas Bersepadu (TBS) di sini, hari ini.

Hadir sama Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Penerangan (Kandungan Digital) merangkap ketua konvoi, Datuk Sukari Ab Hamid.

Sementara itu, beliau turut menasihati peserta konvoi meningkatkan disiplin ketika berada dalam perjalanan terutama di lebuhraya.

“Berkonvoi ini satu aktiviti berkumpulan yang baik dan menandakan komitmen masyarakat daripada pelbagai peringkat umur dan saya percaya, menjelang sambutan hari kebangsaan ini, akan lebih ramai masyarakat yang berkonvoi.


“Sudah tentu kita harap mereka lebih menerapkan ciri-ciri keselamatan dan disiplin dalam berkonvoi itu termasuk menghormati dan bekerjasama dengan pengguna jalan raya yang lain,” katanya.

Dalam pada itu, sebanyak 400 bendera diedarkan kepada orang ramai bagi menyemarakkan semangat patriotisme.

Bagi peringkat Wilayah Persekutuan, KMJG bermula pada 18 Ogos dengan menjelajahi tujuh lokasi perhentian, bermula dari Setiawangsa dan berakhir di Putrajaya petang nanti.

Secara keseluruhan, konvoi yang disertai 133 peserta dengan 56 kenderaan termasuk motosikal berkuasa tinggi ini menjelajahi 131 bandar dan pekan di Semenanjung Malaysia meliputi jarak 2,542 kilometer di 11 buah negeri, bermula di Pulau Pinang pada 4 Ogos lalu. – BERNAMA

Kategori