Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Sama Tak Serupa! Harga...

PELIK tapi benar. Namun situasi ini didakwa benar-benar berlaku dan bukanlah satu sabotaj oleh...

Usah Habaq Nama Pakatan...

GEORGE TOWN - Krisis identiti Pakatan Rakyat nampaknya semakin terserlah apabila nama gabungan...

Doktor Saran Kanak-Kanak Bawah...

NEW YORK : Pesuruhjaya Kesihatan New York yang baharu mencetuskan kemarahan ramai selepas...

Lim Chee Wei Pertahan...

INCHEON - Tampil buat pertama kali di pentas Sukan Asia, atlet karate negara...

Ganjaran Menanti Pemain, Penyokong Lang Merah

ALOR SETAR – Ganjaran menarik bakal menanti pemain dan penyokong skuad Lang Merah jika Piala Malaysia berjaya dibawa pulang ke negeri Jelapang Padi itu.

Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah, bagaimanapun berkata pengumuman mengenai ganjaran itu hanya diumumkan KFA pada Sabtu ini, sehari sebelum perlawanan akhir Piala Malaysia 2016.

“Kita akan umumkan ganjaran kepada pemain dan penyokong Kedah, namun dalam bentuk apa akan dimaklumkan kemudian. Tidak kira menang atau kalah, ganjaran tetap ada.

“Pengumuman ini tidak dibuat awal kerana mungkin ada penambahan perlu dibincang bersama pihak pengurusan KFA nanti,” katanya yang juga Menteri Besar Kedah kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di Wisma Darul Aman di sini, hari ini.


Kedah akan berdepan Selangor pada perlawanan akhir Piala Malaysia 2016 di Stadium Shah Alam, Ahad ini.

Selangor yang merupakan juara bertahan, mara ke final setelah menang agregat 5-1 ke atas T-Team, manakala Kedah menang agregat 2-1 ke atas Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada aksi separuh akhir. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori