Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Pemandu Grab Ditemui Mati...

KUALA LUMPUR - Seorang pemandu Grab ditemui mati dipercayai akibat dibunuh dengan kesan...

Penjaga Kaunter Spa Didakwa...

KUALA LUMPUR - Seorang penjaga kaunter spa dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini...

Mohammad Syafiq Tenang Berdepan...

GOLD COAST - Biarpun baru pertama kali menyertai pentas Sukan Komanwel, penerjun pelapis...

Video: Warga Emas Dipukul...

VIDEO seorang warga emas didera oleh seorang lelaki yang dipercayai pemilik sebuah pusat...

Gangguan Elektrik Klinik Changlun Pulih 2 Hari Lagi

ALOR SETAR – Gangguan bekalan elektrik di Klinik Kesihatan Changlun dekat Kubang Pasu yang berlaku sejak tiga hari lepas dijangka pulih dua hari lagi, kata Pengarah Kesihatan Kedah Datuk Dr Norhizan Ismail.

Beliau berkata pihak cawangan elektrik Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri berjaya mengesan punca kerosakan itu semalam dan dianggarkan mengambil masa sekurang-kurangnya dua hari untuk kerja baik pulih bekalan elektrik itu bermula hari ini.

“Oleh itu, pihak Jabatan Kesihatan Negeri Kedah memohon kerjasama orang ramai untuk membantu pihak klinik dalam usaha menyampaikan perkhidmatan kesihatan yang termampu kerana kesan ketiadaan elektrik menyebabkan bilik-bilik rawatan mengalami kegelapan.

“Bagi penerimaan dan pemeriksaan pesakit akan dilakukan di bahagian pintu masuk utama klinik. Hanya pemeriksaan asas sebagai saringan akan dilakukan bagi menentukan rawatan yang diperlukan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dr Norhizan berkata sekiranya memerlukan pemeriksaan seperti ujian makmal darah, x-ray, imbasan ultrasound dan lain-lain yang memerlukan bekalan elektrik, pesakit akan dirujuk ke klinik kesihatan lain atau Hospital Jitra.


Selain itu, beliau berkata Unit farmasi di klinik itu juga akan beroperasi seperti biasa bagi membekalkan ubat-ubatan yang diperlukan pesakit bagi memastikan tidak berlaku terputus bekalan. – BERNAMA

Kategori