Gangguan Bekalan Air Sementara Di Petaling Jaya Hari ini

KUALA LUMPUR – Beberapa kawasan di Petaling Jaya akan mengalami gangguan bekalan air sementara hari ini ekoran kerja-kerja kecemasan membaiki perkakasan sistem agihan air.

Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) dalam kenyataan medianya memaklumkan kerja-kerja pembaikan akan bermula 12 tengah hari dan dijangka akan siap pada 7 malam ini juga.

“Kawasan-kawasan yang terlibat dengan gangguan bekalan air itu adalah keseluruhan Seksyen 1 hingga 6, Jalan Gasing, Seksyen 14, Seksyen 18 Taman Kanagapuram, Taman Sri Sentosa, Kampung Pasir, Seksyen 51, Seksyen 51A, Seksyen 22, SS9, SS9A dan Kampung Baiduri.

“Bekalan air di kawasan terlibat akan pulih secara berperingkat selepas kerja pembaikan siap,” menurut kenyataan itu.

Pengguna boleh mendapatkan status terkini mengenai kerja-kerja pembaikan ini melalui aplikasi telefon bimbit pintar ‘mySYABAS’ dan www.syabas.com.my. – BERNAMA