Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Rangkaian 5G Malaysia Dapat...

KUALA LUMPUR: Rangkaian 5G Malaysia diiktiraf di peringkat global pada anugerah berprestij Glotel...

SKMM Nafi Keluarkan Mesej...

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menasihati orang ramai supaya tidak...

Empat Warga Asing Diberkas...

IPOH - Respons pantas pihak polis terhadap bunyi penggera sistem keselamatan di sebuah...

Cadangan Naikkan Kadar Elaun...

KOTA BELUD -- Cadangan untuk menaikkan kadar elaun kebajikan kira-kira 26,000 anggota Jabatan...

Gangguan Bekalan Air Di KL Pulih Sepenuhnya

KUALA LUMPUR – Gangguan bekalan air di beberapa kawasan di Kuala Lumpur yang berlaku sejak Khamis akibat paip utama pecah di Sungai Buloh kini pulih sepenuhnya.

Bagaimanapun bagi kawasan Petaling Jaya, hanya dua peratus kawasan yang masih dalam proses pemulihan bekalan air, menurut Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) dalam satu kenyataan hari ini.

“Sehingga 7 pagi ini, bekalan air ke 98 peratus kawasan di Petaling sudah pulih dan empat kawasan sedang dalam proses pemulihan bekalan iaitu melibatkan kawasan yang berada di penghujung sistem agihan dan di kawasan tinggi iaitu di Taman Gembira, Salak Selatan, Desa Petaling dan Jalan Kuchai Lama,” kata Syabas.

Menurut Syabas, segala usaha untuk mempercepatkan pemulihan bekalan air masih giat dilaksanakan dan bekalan air bantuan akan terus dihantar melalui lori tangki ke kawasan yang memerlukan sehingga bekalan air pulih sepenuhnya.


Maklumat terkini mengenai status pemulihan air boleh dirujuk di www.syabas.com.my atau aplikasi telefon pintar ‘mysyabas’. – BERNAMA

Kategori