Gangguan Bekalan Air Di Beberapa Kawasan Di Perlis

KANGAR – Beberapa lokasi di negeri ini akan mengalami gangguan bekalan air dan tekanan rendah berikutan kerja-kerja menaik taraf dan membaiki kebocoran paip utama dari Bukit Tuntung, Pauh hingga Utan Aji.

Menurut Syarikat Air Perlis (SAP), gangguan akan bermula dari 10 pagi pada 14 Sept hingga 10 pagi pada 15 Sept.

Bekalan dijangka pulih sepenuhnya pada sebelah malam 15 Sept.

Kawasan yang terlibat ialah seluruh bandar Kangar, Behor Temak, Behor Lateh, Seriab, Simpang Pulai, Utan Aji, Kuala Perlis, Simpang Empat, Tambun Tulang, Changkat Jawi, Behor Mentalon, Kampung Che Ok, Chemumar dan kawasan selatan Perlis. – BERNAMA