Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Font Logo Facebook Dah...

MUNGKIN ramai yang tidak menyedari jenis tulisan atau font yang dijadikan logo laman...

SERI Diwujud Untuk Kaji...

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan mewujudkan Institut Penyelidikan Sosioekonomi (SERI) di bawah Jabatan...

Isteri Direman Bantu Siasat...

MUAR ā€” Polis hari ini mendapatkan perintah mahkamah untuk mereman seorang wanita muda...

Saudi & Sekutu Wajar...

SERANGAN terbaharu Arab Saudi dan sekutunya terhadap Sanaa di Yaman semalam wajar dihentikan. Serangan...

Gamuda Land Bangunkan Taman Tema Pertama Di Gamuda Cove

PETALING JAYA – Gamuda Land akan membangunkan tapak seluas 619 hektar di kawasan selatan Lembah Klang yang turut dilengkapi taman tema pertama deĀ­ngan nilai pembangunan kasar (GDV) RM20 bilion.

Pengarah Projek Gamuda Land, Aw Sei Cheh berkata, projek yang terletak di laluan Lebuh Raya Elite itu diyakini mampu memenuhi permintaan mereka yang mahukan gaya hidup moden selain kualiti keindahan suasana semula jadi.

Katanya, dijadualkan siap sepenuhnya dalam tempoh 20 tahun akan datang dan tiga fasa pertama dijangka dilancarkan menjelang akhir tahun ini.

ā€œKawasan projek perumahan terbabit akan dilengkapi dengan taman tema yang pastinya akan menarik pembeli yang dijangka siap 2022.

ā€œPersekitaran yang menarik, digabungkan dengan lokasi yang baik, memastikan nilai yang mampan, terutamanya daripada perspektif pelaburan,ā€ ujarnya ketika sesi taklimat bersama media di Menara Gamuda hari ini.

Menurut Sei Cheh, projek perumahan yang dikelilingi alam semula jadi itu akan menyediakan kemudahan gaya hidup serba canggih seperti kediaman, tasik dan ruang rekreasi yang membolehkan penduduk beristerehat dan mengamalkan gaya hidup sihat di kawasan berkenaan.


ā€œTanah seluas 24 hektar dilengkapi dengan tiga tasik yang dilengkapi laluan berjalan kaki dan basikal manakala 20 hektar kita akan membangunkan Gamuda Cove Discovery yang membolehkan penduduk melakukan aktiviti ekstrem,ā€ ujarnya.

Projek itu juga terletak pada lokasi strategik dengan hanya 15 minit pemanduan daripada beberapa lebuh raya antaranya, LeĀ­buhraya Utara Selatan (PLUS) ,Lebuh Raya Lembah Klang Selatan (SKVE) dan Lebuhraya MEX (Maju Expressway). –UTUSAN ONLINE

Kategori