Friday, April 26, 2024

Creating liberating content

Gambar: Tanah Mendap ‘Telan’...

PONDOK Polis Jalan Bukit Bintang diberitakan runtuh dalam satu kejadian tanah mendap yang...

Menara KL Masih Buka...

KUALA LUMPUR – Pelantar pemandangan terbuka di Menara Kuala Lumpur masih beroperasi dan...

Bunuh Diri, Kerana Hidung...

SEORANG wanita sanggup terjun bangunan dengan membawa bersama anak lelakinya yang berusia lapan...

700 Lagi Kemasukan Matrikulasi...

KUALA LUMPUR - Kabinet meluluskan tambahan 700 lagi penempatan untuk pelajar India mengikuti...

Gambar Tular Harimau Di Lepar Dirakam Di India

KUANTAN – Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Semenanjung Malaysia (Perhilitan) negeri Pahang hari ini menafikan gambar Harimau Malaya dewasa yang tular di media sosial sejak Sabtu lepas, dirakam di Jalan Lepar, Gambang dekat sini.

Pengarah Perhilitan Pahang Ahmad Azhar Mohammed berkata sebaliknya, pemeriksaan dilakukan mendapati gambar yang tersebar itu sebenarnya dipercayai telah dirakam di India dan diambil daripada Internet sebelum disebarkan.

“Hari ini saya dimaklumkan ada pihak menggunakan gambar yang sama dan mendakwa harimau itu ditemui di Mersing, Johor pula,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Ahmad Azhar berkata pihaknya telah menerima satu laporan daripada seorang lelaki kononnya telah ternampak kelibat harimau berkenaan di tepi jalan berhampiran Lepar, namun tiada sebarang bukti yang dapat menyokong dakwaannya itu.

“Bagaimanapun kita telah mengambil tindakan susulan dengan melakukan tinjauan di kawasan terbabit serta memasang beberapa kamera perangkap bagi mengumpul maklumat.


Katanya, anggota Perhilitan juga telah dihantar bagi menjejak kesan harimau di kawasan terbabit sejak Sabtu lepas dan akan terus melakukan pemantauan dalam tempoh satu minggu. – BERNAMA

Kategori