Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Ahli Gusti Berhijab Disenarai...

KUALA LUMPUR - Ahli gusti berhijab, Nor ‘Phoenix’ Diana antara 12 belia Malaysia...

Cara Unik Pelanggan Hargai...

LAZIMNYA pelanggan yang berurusan di kaunter sama ada agensi kerajaan atau swasta hanya...

HFMD: 4 Sekolah, Prasekolah...

SEREMBAN - Kesemua prasekolah dan sekolah, masing-masing sebuah serta dua tadika di negeri...

Kerajaan Disaran Tanggung Kos...

KUALA LUMPUR: Kerajaan, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) dan Touch 'n Go (TNG) disaran...

Gambar Sebenar Wajah Suspek Bom Bangkok Didedahkan

SETELAH berlaku kekeliruan susulan seorang warga Australia tampil ‘serah diri’ apabila gambar dirinya dikaitkan sebagai suspek pengebom di Bangkok pada Isnin lalu, kerajaan Thailand mula memperbetulkan keadaan semula.

Justeru, pihak berkuasa negara itu pada Rabu bertindak menyebarkan gambar lelaki dalam edisi yang lebih jelas dipercayai menjadi suspek di sebalik insiden letupan bom dahsyat yang berlaku Kuil Erawan di ibu kota Thailand.

Peristiwa yang menggemparkan masyarakat antarabangsa itu mengorbankan lebih 20 orang termasuk lima rakyat Malaysia selain ratusan lagi mangsa mengalami kecederaan di kawasan popular tumpuan pelancong asing itu.

BACA: Muka Iras Suspek Bom Bangkok, Aktor Australia Serah Diri

Berdasarkan daripada gambar hasil lakaran elektronik itu, lelaki berkenaan dilihat memakai cermin mata berbingkai hitam dan memiliki kulit yang agak cerah menerusi rakaman kamera litar tertutup atau CCTV.

Namun, pihak berkuasa negara ‘gajah putih’ itu masih lagi tidak dapat mengenal pasti dengan jelas warganegara suspek sama ada dia merupakan seorang pelancong asing ataupun memang rakyat Thailand sendiri.

Gambar lakaran lelaki ini dikeluarkan berdasarkan rakaman CCTV yang dipantau pihak berkuasa tempatan sebelum kejadian letupan itu berlaku dekat dengan kawasan kuil terkenal berkenaan.


“Kami mengesyaki dialah pengebom sebenar itu,” kata seorang jurucakap Polis Diraja Thailand yang tidak dinyatakan namanya dan dipetik oleh pelbagai media antarabangsa pada Rabu.

“Kami juga giat mencari suspek lain yang berkemungkinan berkait rapat dengan insiden ini. Serangan seperti ini biasanya tidak mungkin dirancang oleh satu orang sahaja,” katanya lagi.

Sementara itu, dalam usaha memberkas suspek tersebut, pihak berkuasa Thailand telah menawarkan ganjaran sebanyak sejuta baht (kira-kira RM115,000) buat sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai lelaki itu.

Menerusi rakaman CCTV, suspek yang memakai pakaian berwarna kuning dilihat duduk di atas bangku kuil berkenaan sebelum menanggalkan beg galas lalu pergi meninggalkan kuil berkenaan. – Agensi/MYNEWSHUB.CC

https://www.youtube.com/watch?v=Ce1tkpGLNJ4

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori